Pembatalan perjanjian peluru berpandu Norway jejas penghormatan terhadap norma antarabangsa: PM Anwar
Anggaran Waktu Membaca:
PM Malaysia Anwar Ibrahim menyampaikan ucap tama pada sesi Meja Bundar Asia Pasifik Ke-39 pada 2 Julai 2026. (Gambar: CNA/Fadza Ishak)
- Anwar Ibrahim mengkritik amalan dwistandard dalam pematuhan undang-undang antarabangsa selepas Norway membatalkan penghantaran peluru berpandu NSM kepada Malaysia.
- Pembatalan itu berlaku walaupun hampir keseluruhan pembayaran telah dibuat, dengan alasan keselamatan negara oleh pihak Norway.
- Malaysia mengambil tindakan diplomatik dan undang-undang, termasuk menghubungi pemimpin EU dan negara terlibat untuk mendapatkan penjelasan serta meneruskan saman terhadap pembekal NSM.
- Insiden ini menjejaskan hubungan Malaysia dengan beberapa negara Eropah dan menimbulkan persoalan mengenai keadilan serta konsistensi dalam pelaksanaan undang-undang antarabangsa.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim mengkritik amalan dwistandard dalam pematuhan terhadap norma dan undang-undang antarabangsa selepas sesetengah negara bebas mengabaikan undang-undang itu, sedangkan negara lain tertakluk kepada standard pematuhan paling ketat.
PM Anwar berkata Malaysia sendiri melalui pengalaman sedemikian apabila penghantaran peluru berpandu antikapal (NSM) yang ditempah, dibatalkan secara sepihak oleh pembekal dari Norway walaupun hampir keseluruhan pembayaran sudah dibuat.
Beliau menegaskan, insiden seumpama itu menunjukkan kemerosotan semakin ketara dan bersifat sistematik berlaku terhadap penghormatan kepada norma serta undang-undang antarabangsa.
Beliau berkata, kekuatan semakin dianggap sebagai penentu kebenaran, manakala kepentingan nasional yang sempit dijadikan keutamaan, walaupun terpaksa mengorbankan kesucian dan kewajipan undang-undang yang terkandung dalam sesuatu kontrak antarabangsa.
"Pendirian Malaysia dalam perkara ini, sama ada kepada syarikat berkenaan atau pemerintah Norway, amat jelas.
"Walaupun Malaysia akan terus mendapatkan penyelesaian melalui saluran diplomatik dan perundangan, episod ini mencerminkan suatu masalah yang lebih besar serta trend yang membimbangkan, iaitu amalan dwistandard oleh pihak yang mendakwa menjunjung kedaulatan undang-undang, selain sikap hipokrit mereka yang memilih untuk berdiam diri apabila pelanggaran sedemikian berlaku.
"Apakah boleh diterima jika sesetengah negara bebas mengabaikan undang-undang dan norma antarabangsa, sedangkan negara lain pula tertakluk kepada standard pematuhan yang paling ketat?
"Jika inilah cara rakan di Barat memilih untuk melayan negara di Dunia Selatan dan jika prinsip 'satu peraturan untuk kami, satu lagi untuk kamu' benar-benar menjadi norma yang ingin diketengahkan, maka keadaan ini tidak memberikan petanda yang baik terhadap masa depan hubungan kita sebagai rakan kongsi dan sahabat yang setara," katanya, seperti dipetik BH Online.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap tama pada sesi Meja Bundar Asia Pasifik Ke-39 pada Khamis (2 Jul).
Pada Mei lalu, pemerintah Norway dilapor membatalkan lesen eksport NSM kepada Malaysia dan sistem pelancar berkaitan atas alasan untuk melindungi keselamatan negara itu.
Menurut laman web Kongsberg Defence & Aerospace AS (KDA), perolehan NSM dimeterai antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan KDA pada April 2018, dengan nilai kontrak 124 juta euro (S$183 juta) bagi melengkapkan enam Kapal Tempur Pesisir (LCS) baharu.
Menyusuli keputusan itu, Menteri Pertahanan Norway, Tore O Sandvik berkata permohonan maaf berhubung keputusan berkenaan, namun Malaysia tetap meneruskan tindakan saman ke atas pembekal NSM itu yang berpangkalan di Norway.
Mengulas isu berkenaan ketika sesi soal jawab, PM Anwar mengakui ia memberi kesan kepada hubungan Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU), dan beliau sendiri menghantar surat kepada pemimpin EU bagi mempersoalkan cara layanan itu.
PM Anwar berkata Presiden Perancis, Emmanuel Macron menghubungi beliau, sambil berkata bahawa ia bukan pendirian EU, malah Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni turut menyatakan pendirian sama, diikuti pemimpin Jerman.
"Justeru, saya berpendapat tidak adil untuk kita membuat tanggapan umum, namun adakah tindakan itu wajar? Tiada sebarang alasan diberikan.
"Saya juga berbincang dengan Perdana Menteri (Norway), menyatakan ia berkaitan pertimbangan keselamatan (yang dibangkitkan negara itu). Apa kaitan isu keselamatan dalam hal ini?" katanya.
PM Anwar berkata, Amerika Syarikat turut menjelaskan, ia tidak mempengaruhi atau memberi tekanan kepada Norway untuk membatalkan perjanjian itu dengan Malaysia.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.