Pembasmian hutan Amazon meningkat 104% pada Nov tahun ini berbanding 2018
Pembasmian hutan Amazon pada November meningkat sebanyak 104 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2018, menurut data rasmi yang dikeluarkan pada Sabtu (14 Dis).
Pembasmian hutan Amazon pada November meningkat sebanyak 104 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2018. (Gambar: AFP)
RIO DE JANEIRO: Pembasmian hutan Amazon pada November meningkat sebanyak 104 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2018, menurut data rasmi yang dikeluarkan pada Sabtu (14 Dis).
Menurut Institut Penyelidikan Angkasa Nasional Brazil (INPE), pembasmian hutan melibatkan kawasan seluas 563 kilometer persegi pada bulan itu juga adalah yang tertinggi untuk mana-mana bulan November sejak 2015.
Ia merupakan satu peningkatan yang ketara, apatah lagi selepas mengambil kira pembasmian hutan semasa musim tengkujuh.
Secara keseluruhannya, hutan seluas 8,974.3 kilometer persegi dibasmi sepanjang tempoh 11 bulan pertama tahun ini, yang juga merupakan tempoh awal Jair Bolsonaro, presiden Brazil yang berhaluan kanan melonggarkan sekatan terhadap pembasmian hutan Amazon.
Ia seganda lebih tinggi berbanding 4,878.7 kilometer persegi yang dilaporkan sepanjang 11 bulan pertama tahun lalu.
Data tersebut dikumpul oleh sistem berasaskan satelit, DETER yang memantau aktiviti pembasmian hutan.
Satu lagi sistem berasaskan internet digunakan INPE dikenali sebagai PRODES yang dianggap lebih diyakini dan ia melaporkan pembasmian hutan Amazon sudah menjangkaui 10,000 kilometer persegi buat julung-julung kalinya sejak 2008.
Ia juga merupakan satu peningkatan sebanyak 43 peratus berbanding tempoh 12 bulan sebelum ini.
Secara keseluruhannya, PRODES melaporkan bahawa hutan tropika terbesar dunia itu kehilangan 10,100 kilometer persegi dalam tempoh 12 bulan, berbanding 7,033 kilometer persegi sepanjang 12 bulan sebelum itu.
Pada Jumaat lalu, mantan presiden INPE, Encik Ricardo Galvao dinamakan sebagai antara 10 saintis paling terkemuka di dunia oleh jurnal terkenal British, Nature.
Beliau pada awal Ogos lalu dipecat oleh pemerintah Bolsonaro yang menuduhnya sengaja menggembar-gemburkan tentang pembasmian hutan Amazon.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.