Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pembantu Suu Kyi dihukum penjara 20 tahun atas tuduhan khianat

Junta Myanmar menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas pembantu rapat pemimpin sivil yang digulingkan Aung San Suu Kyi, atas tuduhan pengkhianatan, anggota berjawatan tinggi pertama dari Liga Kebangsaan Demokrasi (NLD) Cik Suu Kyi, yang dijatuhkan hukuman oleh junta selepas perbicaraan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pembantu Suu Kyi dihukum penjara 20 tahun atas tuduhan khianat

U Win Htein (kiri), penolong pemimpin awam Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi (Gambar fail: AFP/STR)

Diterbitkan : 29 Oct 2021 09:37PM Dikemas Kini : 29 Oct 2021 09:46PM

YANGON: Junta Myanmar menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas pembantu rapat pemimpin sivil yang digulingkan Aung San Suu Kyi, atas tuduhan pengkhianatan, kata peguamnya, pada Jumaat (29 Okt), anggota berjawatan tinggi pertama dari Liga Kebangsaan Demokrasi (NLD) Cik Suu Kyi, yang dijatuhkan hukuman oleh junta selepas perbicaraan.

Myanmar bergolak sejak rampasan kuasa pada 1 Februari lalu, dengan bantahan di seluruh negara dan lebih 1,200 orang terbunuh ekoran tindakan keras pasukan keselamatan, menurut kumpulan pemantau tempatan.

Bekas anggota parlimen dan speaker NLD, Win Htein dipenjara selama 20 tahun mahkamah khas di ibu kota Naypyidaw, menurut peguamnya Myint Thwin kepada AFP.

Menurutnya beliau akan mengemukakan rayuan dan anak guammya dalam keadaan sihat.

Win Htein yang berusia 80 tahun itu adalah tahanan politik paling lama, sudah menghabiskan masa yang panjang di dalam dan luar tahanan kerana berkempen menentang pemerintahan tentera.

Dianggap sebagai orang kanan Cik Suu Kyi, beliau sudah lama dicari media antarabangsa dan domestik bagi mendapatkan pandangan pemimpin de facto Myanmar itu.

Menjelang penahanannya tiga hari selepas rampasan kuasa, beliau memberitahu media tempatan bahawa pasukan tentera itu 'tidak bijak' dan pemimpinnya 'sudah membawa (negara) ke arah yang salah'.

Cik Suu Kyi berdepan pelbagai tuduhan yang boleh menyebabkannya dipenjarakan selama beberapa dekad, membabitkan tuduhan mengimport walkie talkie secara haram hingga melanggar peraturan COVID-19.

Sumber memberitahu AFP, beliau julung kali memberi keterangan di mahkamah junta Selasa lalu iaitu empat bulan selepas dibicarakan tentera.

Media dihalang daripada menghadiri perbicaraan Cik Suu Kyi di mahkamah khas dan melarang pasukan peguamnya daripada bercakap kepada media.  

Sumber : AFP/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan