Pembantu Presiden Korea Selatan mahu letak jawatan di tengah kemelut politik
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: Pejabat Presiden Korea Selatan menerus Yonhap/AFP
SEOUL: Beberapa pembantu kanan kepada Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol yang didakwa, mahu meletak jawatan secara beramai-ramai pada Rabu (1 Jan).
Ini sehari selepas pejabatnya menyuarakan kekesalan atas kelulusan pemangku Presiden Choi Sang-mok terhadap dua hakim baharu ke mahkamah yang ditetapkan untuk menentukan nasib Encik Yoon.
Ketua kakitangan, ketua dasar, penasihat keselamatan negara dan penasihat khas mengenai hal ehwal luar dan keselamatan Encik Yoon, serta semua setiausaha kanan lain, mengemukakan peletakan jawatan mereka, menurut pejabatnya dalam satu kenyataan, tanpa mengulas lanjut.
Encik Choi berkata beliau tidak akan menerima peletakan jawatan mereka memandangkan keutamaan kini adalah untuk menumpukan perhatian kepada memperbaiki ekonomi dan menstabilkan hal ehwal negara, menurut pejabatnya.
Pembantu-pembantu tersebut telah berulang kali menyuarakan keinginan mereka untuk melepaskan jawatan berikutan percubaan Encik Yoon untuk mengisytiharkan undang-undang tentera pada 3 Disember lalu. Namun, peletakan jawatan mereka tidak diterima, jelas seorang pegawai Presiden, yang enggan dikenal pasti disebabkan sensitiviti politik.
Pegawai itu berkata setiausaha-setiausaha kanan tersebut telah membantu Encik Choi sejak beliau mengambil alih sebagai pemangku Presiden. Dua pegawai lain berkata pembantu itu tidak mengambil bahagian dalam operasi harian pemerintah, tetapi dikehendaki melapor kepada Encik Choi dan menghadiri mesyuarat apabila perlu.
Keputusan untuk meletak jawatan itu dibuat sehari selepas Encik Choi mengambil keputusan mengejut, untuk meluluskan pengisian dua peranan yang kosong di Mahkamah Perlembagaan yang mengendalikan perbicaraan pemecatan ke atas Encik Yoon.
Ia menjadikan jumlah hakim kepada lapan di mahkamah yang terdiri daripada sembilan anggota itu. Sebarang keputusan dalam kes Encik Yoon memerlukan persetujuan sekurang-kurangnya enam hakim.
Parti Kuasa Rakyat, pimpinan Encik Yoon, mengkritik keputusan Encik Choi dan menyifatkannya sebagai "dogmatik" dan tidak mempunyai perundingan yang mencukupi.
Menteri Kewangan Choi mengambil alih peranan sebagai pemangku Presiden pada Jumaat selepas pemecatan Perdana Menteri Han Duck-soo, yang telah menjadi pemangku Presiden sejak 14 Disember apabila Encik Yoon digantung tugas.
Encik Yoon berdepan dengan siasatan atas tuduhan bahawa beliau telah mencetuskan pemberontakan, dan mahkamah daerah Seoul pada Selasa memberikan kelulusan bagi penahanannya, iaitu yang pertama bagi seorang Presiden yang sedang berkhidmat.

Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.