Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pembantu peribadi Naib Presiden AS positif COVID-19

Pembantu peribadi kepada Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence disahkan positif COVID-19. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pembantu peribadi Naib Presiden AS positif COVID-19

Setiausaha kanan Katie Miller disahkan dijangkiti COVID-19. (Gambar: REUTERS/Jonathan Ernst)

Diterbitkan : 09 May 2020 05:32PM Dikemas Kini : 09 May 2020 05:38PM

WASHNGTON: Pembantu peribadi kepada Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence disahkan positif COVID-19.

Setiausaha kanan Katie Miller disahkan dijangkiti COVID-19, sehari selepas pemandu Presiden Donald Trump disahkan positif awal minggu ini.

Presiden Trump bagaimanapun berkata beliau tidak berhubungan rapat dengan Cik Miller.

Rumah Putih pula akan terus melaksanakan segala langkah yang perlu bagi mencegah penularan virus itu.

Sementara itu, COVID-19 telah menyebabkan begitu banyak pekerjaan yang hilang di Amerika Syarikat.

Kadar penganggurannya naik 14.7 peratus, yang tertinggi sejak Kemelesetan Besar atau Great Depression pada tahun-tahun 1930-an.

Jumlah kes COVID-19 di Amerika Syarikat adalah yang tertinggi di dunia iaitu lebih 1.3 juta.

Lebih 78,600 pesakitnya pula telah meninggal dunia, juga yang tertinggi di dunia.

Memandangkan pilihan raya Presiden Amerika akan berlangsung pada November ini, Encik Trump telah berikrar untuk membuka semula negara itu.

Beberapa wilayah sudahpun mula membenarkan perniagaan beroperasi seperti biasa. 

Sumber : Agensi berita/NF/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan