Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pembangunan Pekan Lama Ipoh kekalkan seni warisan sedia ada

Pengekalan seni warisan sedia ada akan menjadi fokus utama dalam membangunkan Pekan Lama Ipoh sebagai antara produk pelancongan warisan negeri tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:

IPOH: Pengekalan seni warisan sedia ada akan menjadi fokus utama dalam membangunkan Pekan Lama Ipoh sebagai antara produk pelancongan warisan negeri tersebut. 

Datuk Bandar Ipoh Rumaizi Baharin berkata proses pembangunan lokasi itu sedang dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka siap menjelang 2025.

“Pekan Lama Ipoh ini telah diwartakan sebagai kawasan warisan dan seiring dengan langkah berkenaan kita berpendapat bahawa sebarang pembangunan yang dijalankan mesti mengekalkan warisan sedia ada.

“Perkara ini juga penting dalam memastikan setiap nilai sejarah dan warisan yang ada di Pekan Ipoh kekal terpelihara dan menjadi daya penarik kepada para pelancong,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Bazar Tahun Baru Cina  pada Ahad (15 Jan).

Perasmian itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Loh Sze Yee. 

Encik Rumaizi berkata sebahagian besar peruntukan bagi membangunkan lokasi berkenaan diperoleh menerusi Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) selain dibantu dengan suntikan dana berjumlah RM20 juta (S$6 juta) daripada Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

Sebelum ini, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dilaporkan merancang untuk meningkatkan prasarana sekitar Ipoh termasuk tempat meletak kereta bertingkat dan pasar awam sebagai sebahagian pelan pembangunan jangka panjang.

Antara tarikan pelancong di Pekan Lama Ipoh termasuk Concubine Lane dan Kong Heng Square.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan