Pembangkang M'sia belum capai keputusan muktamad calon PM
Pakatan Harapan (PH) masih belum mempunyai keputusan muktamad berkaitan calon Perdana Menteri yang akan mewakili gabungan itu, kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.
(Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) masih belum mempunyai keputusan muktamad berkaitan calon Perdana Menteri yang akan mewakili gabungan itu, kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.
Encik Anwar, yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkata walaupun terdapat banyak gesaan, pihaknya perlu mengambil pandangan pelbagai pihak bagi mencapai kata sepakat berkaitan perkara itu.
"PH sebagai satu badan memang telah buat keputusan tetapi kita perlu rujuk juga dengan teman-teman lain termasuk Warisan dan kelompok Bersatu di bawah pimpinan (Dr) Mahathir (Mohamad)," katanya dalam menerusi siaran langsung di laman Facebook peribadi beliau pada Rabu (17 Jun).
Semalam, media melaporkan Ketua Setiausaha PH Encik Saifuddin Nasution Ismail menafikan parti itu ada mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan calon Perdana Menteri, dan memaklumkan parti akan mengeluarkan kenyataan rasmi apabila keputusan muktamad sudah dicapai.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.