Skip to main content

Dunia

Pembangkang Israel gesa Netanyahu disingkir susuli kemenangan besar Parti Democrat di Amerika

Pemimpin pembangkang Israel menggunakan kemenangan besar Parti Democrat dalam pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat untuk meningkatkan tekanan terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu supaya berundur daripada jawatannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Pembangkang Israel gesa Netanyahu disingkir susuli kemenangan besar Parti Democrat di Amerika

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bercakap kepada media selepas mengundi di sebuah pusat mengundi di Baitulmakdis pada Selasa (27 Okt 2026). (Gambar: REUTERS/Jewel Samad)

Diterbitkan : 05 Nov 2026 06:54AM
Israel Opposition urges Netanyahu’s removal after major Democratic Party victory in America
  • The Democratic Party’s victory in the US midterm elections on Nov 3 prompted Israeli Opposition leaders Yair Golan and Yair Lapid to call on interim Prime Minister Benjamin Netanyahu to step down, arguing that he was undermining bipartisan support in the US.
  • Discontent over the US-Israel war with Iran became a voting issue, while political support for Israel in the US has also declined following the Gaza war since 2023 and this year’s attacks on Iran.
  • In Israel, Netanyahu’s coalition lost its majority in the Oct 27 elections, but Gadi Eisenkot has also yet to secure sufficient support. President Isaac Herzog is scheduled to consult the parties on Nov 4 and 5 before choosing a candidate to form the Government.
  • Professor Udi Sommer expects a Congress controlled by Democrats to take a tougher stance and could use investigations, oversight and the Budget to pressure Israel. Coalition formation may drag on, or new elections may be held if a candidate fails to secure a majority.
Dijana oleh AI

BAITULMAKDIS: Pemimpin pembangkang Israel menggunakan kemenangan besar Parti Democrat dalam pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat untuk meningkatkan tekanan terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu supaya berundur daripada jawatannya.

Mereka mendakwa Encik Netanyahu telah menjejas sokongan bipartisan Amerika terhadap Israel yang terjalin sejak beberapa dekad lalu, khususnya selepas perang bersama Amerika terhadap Iran.

Parti Democrat menguasai kedua-dua dewan Kongres selepas pilihan raya pada Selasa (3 Nov), ketika rasa tidak puas hati terhadap perang Amerika-Israel dengan Iran menjadi antara isu utama pengundi.

Keputusan itu menyusuli pilihan raya Israel pada 27 Oktober lalu, apabila gabungan pimpinan Encik Netanyahu kehilangan majoriti Parlimen, namun pesaing utamanya, Encik Gadi Eisenkot, turut gagal memperoleh sokongan mencukupi untuk membentuk pemerintah baharu.

Presiden Israel Isaac Herzog dijadual mengadakan rundingan dengan wakil parti-parti politik pada Rabu (4 Nov) dan Khamis (5 Nov), sebelum memilih calon untuk membentuk pemerintah gabungan.

Encik Netanyahu kekal sebagai Perdana Menteri sementara.

PEMBANGKANG DAKWA NETANYAHU JEJAS HUBUNGAN DENGAN AMERIKA

Ketua parti pembangkang Democrats di Israel, Yair Golan, mendakwa keputusan pilihan raya Amerika membuktikan Encik Netanyahu semakin kehilangan sokongan dalam kalangan ahli Parti Democrat dan Parti Republican.

Pemimpin pembangkang berhaluan tengah, Yair Lapid, pula berkata Israel tidak mampu membiarkan Encik Netanyahu terus memegang jawatan kerana keadaan itu boleh menjejas keselamatan, demokrasi dan kedudukan negara tersebut di peringkat antarabangsa.

Amerika sejak sekian lama menjadi sekutu utama Israel, dengan bantuan ketenteraan bernilai berbilion dolar disalurkan setiap tahun.

Bagaimanapun, sokongan terhadap Israel dalam kalangan ahli politik Amerika semakin merosot susuli perang di Gaza sejak 2023 dan serangan bersama Amerika-Israel terhadap Iran tahun ini.

Presiden Donald Trump, yang sebelum ini menyokong Encik Netanyahu, turut berikrar pada hari pengundian untuk menghentikan bantuan tahunan AS$4 bilion kepada Israel.

Encik Netanyahu belum mengulas keputusan pilihan raya Amerika, manakala pejabatnya tidak memberikan maklum balas terhadap permintaan Reuters.

KONGRES AMERIKA BOLEH TINGKATKAN TEKANAN TERHADAP ISRAEL

Profesor sains politik Universiti Tel Aviv, Udi Sommer, menjangkakan Kongres yang dikuasai Parti Democrat akan mengambil pendirian lebih tegas terhadap Israel.

Walaupun kuasa utama dasar luar Amerika kekal di tangan Presiden, Kongres boleh meningkatkan tekanan menerusi siasatan, pengawasan pentadbiran dan langkah berkaitan belanjawan.

Sementara itu, proses pembentukan pemerintah baharu Israel mungkin mengambil masa beberapa minggu atau bulan.

Sekiranya Encik Netanyahu dan Encik Eisenkot masing-masing gagal membentuk gabungan yang memperoleh majoriti Parlimen, Israel mungkin terpaksa mengadakan pilihan raya baharu.

Sumber : Reuters/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita