Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pembangkang cuba bersatu semula selepas kalah PRN Johor, UMNO perlu dapatkan mandat kukuh, kata Ismail Sabri

Anggaran Waktu Membaca:
Pembangkang cuba bersatu semula selepas kalah PRN Johor, UMNO perlu dapatkan mandat kukuh, kata Ismail Sabri

Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar: Zahid Hamidi/Facebook)

Diterbitkan : 22 Mar 2022 07:47PM Dikemas Kini : 22 Mar 2022 07:48PM

MALAYSIA: Parti-parti pembangkang Malaysia yang berpecah-belah sedang berusaha sedaya upaya untuk bersatu semula selepas kalah teruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini.

Mereka perlu segera memenangi semula keyakinan rakyat di tengah-tengah kemungkinan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 diadakan tahun ini.

Landskap politik Malaysia kembali mendapat perhatian selepas dua parti utama mengadakan perhimpunan agung masing-masing pada hujung minggu lalu.

Sabtu lalu, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berjanji kepada para anggota UMNO, beliau akan melakukan segalanya untuk mengembalikan kuasa parti itu.

"Saya orang parti. Darah saya darah UMNO. Kita yakin dengan kemenangan kita, kita tidak akan tunggu walau satu saat pun untuk membubarkan Parlimen untuk kita mengadakan PRU15," kata Perdana Menteri, Ismail Sabri.

Di bawah satu Memorandum Persefahaman (MOU) yang dimeterai September lalu, PM Ismail Sabri berjanji kepada para pemimpin pembangkang tiada PRU akan diadakan sehingga selepas bulan Julai.

Atas sokongan mereka juga, kerajaan PM Ismail Sabri akan membentangkan undang-undang anti lompat parti.

Dalam perhimpunan parti DAP kelmarin, Setiausaha baru parti itu berikrar, DAP tidak akan bekerjasama dengan mereka yang mengkhianati Pakatan Harapan yang memerintah Malaysia selama 22 bulan saja.

DAP juga menyaksikan pertukaran kepimpinan dengan Encik Lim Kit Siang 81 tahun bersara secara rasmi.

Mantan Menteri Pengangkutan Anthony Loke pula mengambil alih jawatan Setiausaha Agung.

Selain Encik Lim, tokoh politik serta mantan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad sebelum ini turut mengumumkan, tidak akan bertanding dalam PRU15 jika ia diadakan tahun depan kerana beliau akan mencapai usia 98 tahun kelak.

Parti Pejuang pimpinan bekas PM Mahathir Mohamad kalah dalam semua kerusi di mana calon-calonnya bertanding dalam PRN Johor baru-baru ini.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pula menyaksikan pakar strateginya Rafizi Ramli kembali untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Dengan pihak pembangkang berdepan dengan cabaran besar untuk bersatu, para anggota UMNO tidak sabar untuk mendapatkan mandat kukuh serta menafikan peluang untuk pihak pembangkang bangkit semula.

Sumber : BERITA Mediacorp/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan