Pembaharuan perjanjian tenaga pelbagai hala ditunda akibat perubahan politik Thai, dijangka dimeterai bulan depan
Thailand menunda pembaharuan perjanjian perdagangan tenaga pelbagai hala Asia Tenggara berikutan perubahan politik dalam negaranya, kata Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Malaysia, Fadillah Yusof, pada Jumaat (17 Okt).
Menara Berkembar Petronas seperti yang dilihat dari tingkap Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. (Gambar: CNA/Fadza Ishak)
- Thailand menunda pembaharuan perjanjian perdagangan tenaga pelbagai hala Asia Tenggara berikutan perubahan politik dalam negaranya, kata Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Malaysia, Fadillah Yusof, pada Jumaat (17 Okt).
- Projek Lao PDR–Thailand–Malaysia–Singapura (LTMS) yang membekalkan tenaga hidro dari Laos melalui Thailand dan negara jiran Malaysia kini dijangka diperbaharui pada November, kata Encik Fadillah kepada Reuters.
- “APG ialah tulang belakang ASEAN. Jika kita mahu menjadi antara kuasa ekonomi dunia, kita memerlukan tenaga,” kata Encik Fadillah.
- Malaysia turut mengurangkan kebergantungannya kepada arang batu dan meningkatkan kapasiti tenaga boleh diperbaharui, kata Encik Fadillah.
Projek Lao PDR–Thailand–Malaysia–Singapura (LTMS) yang membekalkan tenaga hidro dari Laos melalui Thailand dan negara jiran Malaysia kini dijangka diperbaharui pada November, kata Encik Fadillah kepada Reuters.
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, digulingkan oleh Mahkamah Perlembagaan pada Ogos, dan Encik Anutin Charnvirakul dilantik sebagai pengganti pada bulan berikutnya.
Malaysia kini berperanan sebagai pengerusi Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), dan Encik Fadillah bercakap kepada Reuters di luar mesyuarat menteri tenaga blok tersebut pada Jumaat.
“Ia bukan ditangguhkan, tetapi disebabkan perubahan politik dalam kerajaan (Thailand)… sebab itu terdapat sedikit kelewatan di pihak Thailand,” kata Encik Fadillah.
“November akan menjadi bulan penandatanganan dan fasa kedua LTMS dijangka beroperasi selepas itu, mudah-mudahan selepas mereka menandatangani perjanjian tersebut,” tambahnya sambil menegaskan bahawa Malaysia komited terhadap projek itu.
Kementerian tenaga Thailand tidak memberikan sebarang komen segera berhubung perkara itu di luar waktu bekerja.
Projek LTMS merupakan perintis kepada inisiatif Grid Tenaga ASEAN (APG) yang bertujuan menghubungkan kesemua 10 negara anggotanya. Ia dilihat sebagai salah satu cara utama untuk mengurangkan kebergantungan Asia Tenggara terhadap bahan api fosil bagi penjanaan tenaga elektrik.
“APG ialah tulang belakang ASEAN. Jika kita mahu menjadi antara kuasa ekonomi dunia, kita memerlukan tenaga,” kata Encik Fadillah.
Encik Fadillah turut berkongsi bahawna kemajuan ketara dicapai dalam Grid Tenaga Borneo.
“Menjelang akhir tahun ini, Sabah akan disambungkan dengan Sarawak,” katanya, sambil menambah bahawa Kalimantan Barat sudah membeli tenaga dari Sarawak, manakala sambungan dengan Brunei sedang dijalankan. Filipina juga dijangka menyertai rangkaian itu pada masa akan datang.
Malaysia turut mengurangkan kebergantungannya kepada arang batu dan meningkatkan kapasiti tenaga boleh diperbaharui, kata Encik Fadillah.
Permintaan tenaga negara tersebut dijangka meningkat sebanyak 10 peratus pada 2026 dan lapan peratus pada 2027, didorong oleh pusat-pusat data dan industri-industri berpermintaan tinggi, tambah beliau.
Sementara itu, Timbalan Menteri Tenaga Laos memberitahu Reuters bahawa negaranya sedang mempertimbangkan untuk menghentikan bekalan elektrik kepada pelombong mata wang kripto, bagi mengalihkan tenaga domestik kepada industri yang lebih menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.