Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pembaharuan pemerintah antara agenda utama mesyuarat 'dua sesi' tahunan China

Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: Mesyuarat 'dua sesi' tahunan China bermula pada Sabtu (4 Mac), dengan pembaharuan besar dan pelantikan pemerintah menjadi agenda utama.

Ini sedang Presiden Xi Jinping memulakan penggal ketiganya selaku pemimpin negara selepas dilantik semula sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis China pada Oktober lalu.
Mesyuarat tahunan tersebut juga menjadi medan di mana pengumuman mengenai dasar utama dibuat, sedang Beijing menghadapi pelbagai isu di dalam serta luar negara.

Encik Xi dijangka mendedahkan rombakan terbesar pada kepimpinan dalam tempoh satu dekad dan sasaran Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP), yang bertujuan untuk meningkatkan keyakinan para pengguna serta pelabur.

Perubahan itu menyusuli tiga tahun dasar sifar COVID-19 yang melumpuhkan ekonomi dan sekali gus menyebabkan pertumbuhan beransur lembap ke tahap terendah dalam empat dekad.

Ia juga dilakukan ketika hubungan China dengan Amerika Syarikat bertambah tegang.
 
Sumber : AGENCIES/LL/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan