Pembahagian kerusi PN dijangka selesai dalam masa terdekat; PAS tetap akan tolak PH
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: BERNAMA
ALOR SETAR: Pembahagian kerusi dalam Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan selesai dalam masa terdekat selepas jawatankuasa Perundingan Kerusi PN ditubuhkan dan sudah bermesyuarat, kata Timbalan Presiden PAS Ibrahim Tuan Man kepada BERNAMA.
“Ruang perbincangan sangat mudah, saya yakin boleh selesai selepas dua atau tiga kali perundingan, insya-Allah,” katanya ketika ucapan merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) ke-63 sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-68 di Alor Setar pada hari ini (1 Sep).
Encik Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian mengulangi pendirian parti itu yang menolak bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) dan perkara itu diketahui pimpinan PN namun PAS terbuka untuk berbincang dengan parti luar PN yang tidak ekstrem bagi memastikan pembangkang tidak kembali berkuasa.
“Kajian yang dibuat menunjukkan tiada parti yang boleh memerintah sendiri di Malaysia. Kita menyedari hakikat tersebut dan perlu ada gabungan terbaik dan PAS terbuka mengadakan perbincangan rundingan dengan semua parti yang tidak ekstrem dan bukan PH dan kita nak menegaskan bahawa perlunya penyatuan tersebut,” katanya seperti dinukil BERNAMA.
Namun katanya jika rundingan dengan parti selain PH gagal dicapai, PN sedia berdepan dengan apa juga keputusan termasuk bertembung dengan Barisan Nasional.
Menurut Encik Ibrahim, PAS tidak akan meninggalkan Bersatu dan mengenang jasa parti itu yang meletakkan PAS sebagai satu daripada parti barisan kerajaan sekarang.
“Keberadaan kita dalam Kerajaan Persekutuan hasil daripada rakan-rakan kita (termasuk Bersatu) yang keluar daripada PH. Kita menghargai betapa besarnya perjuangan dan pengorbanan mereka. Sebab itu, bagi kita apa juga muafakat politik... kita tidak boleh ketepikan rakan kita dalam Bersatu,” katanya, menurut Bernama.
Dalam pada itu, Encik Ibrahim turut mendedahkan komitmen parti tersebut yang akan memberi laluan kepada 30 peratus calon muda PAS untuk menghadapi PRU15, justeru barisan Pemuda mesti bersiap sedia menampilkan kepimpinan mereka.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.