Pembaca berita M'sia nyanyi lagu Coco Lee dalam bahasa Mandarin dengan fasih
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: 8 Days)
MALAYSIA: Berita kematian diva mandopop Coco Lee pada 5 Julai mengejutkan dunia.
Sejak itu, ramai yang memberi penghormatan kepada bintang tersebut.
Ketika mengumumkan berita kematian Coco semasa membaca berita secara langsung, pembaca berita Malaysia, Rasyidah, memberi penghormatan kepada penyanyi itu dengan cara yang tidak dijangkakan, namun menyentuh hati.

Rasyidah menyanyi beberapa baris lagu Coco 'Baby I'm sorry' dalam bahasa Mandarin dengan fasih sebelum berkata: "Saya percaya ramai orang kenal lagu ini oleh Coco. Tetapi, kita tidak akan mempunyai peluang untuk mendengar lagu ini dinyanyikan lagi oleh beliau secara langsung."
Rasyidah juga berkongsi pendapat beliau tentang topik kemurungan dan berfikir sama ada mereka yang sentiasa menceriakan orang lain "benar-benar rasa gembira".
Beliau kemudian memberi sokongan kepada mereka yang mengalami kemurungan, dan berharap mereka akan "menemui 'cahaya' yang sedang dicari satu hari nanti".
Rasyidah juga dipuji atas penghormatannya yang menyentuh hati, dengan ramai yang berkata beliau menyanyikan lagu itu dengan baik, dengan "sebutan Mandarin yang tepat" dan "suaranya yang merdu".
Menurut laman Malaysia Weirdkaya, Rasyidah bertugas sebagai wartawan pada 2011, dan berada di bawah jabatan berita arus perdana Melayu dan ekonomi.
Beliau kemudian berpindah ke jabatan berita Cina pada 2014, dan bertugas sebagai pembaca berita Cina sejak 2020.

Sumber : 8 Days
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.