Pemasangan logo baharu di bangunan Twitter dapat bantahan pihak berkuasa California
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AP Photo/Haven Daley)
SAN FRANCISCO: Bandar San Francisco membuat aduan dan melancarkan siasatan ke atas pemasangan papan tanda simbol "X" gergasi yang dipasang pada Jumaat (28 Jul) di atas bangunan pusat bandar yang dahulunya dikenali sebagai ibu pejabat Twitter.
Pegawai bandar berkata menggantikan huruf atau simbol pada bangunan, atau memasang papan tanda memerlukan permit atas sebab reka bentuk dan keselamatan struktur papan tanda itu.
Simbol "X" itu muncul selepas polis San Francisco menghalang pekerja pada hari Isnin daripada mengalih keluar huruf "@twitter" dan logo burung ikonik jenama itu dari bangunan, dengan mengatakan kawasan di kaki lima tidak ditutup untuk memastikan pejalan kaki selamat jika ada sesuatu yang jatuh.
Sebarang penggantian huruf atau simbol memerlukan permit untuk memastikan "ia sejajar dengan reka bentuk bersejarah bangunan" dan memastikan pemasangan dilakukan dengan selamat, kata jurucakap Jabatan Pemeriksaan Bangunan awal minggu ini.
Mendirikan papan tanda di atas bangunan juga memerlukan permit, kata jurucakap itu pada Jumaat.
Pemilik Twitter Elon Musk melancarkan logo "X" baharu untuk menggantikan simbol burung biru terkenal Twitter ketika mereka semula platform media sosial yang dibelinya dengan harga AS$44 bilion (S$58.56 bilion) pada tahun lalu.
Simbol "X" mula muncul di bahagian atas versi desktop Twitter pada hari Isnin.
Musk, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, telah lama terpesona dengan huruf "X" dan telah menamakan semula nama korporat Twitter kepada X Corp. selepas membelinya pada Oktober.
Salah seorang anaknya juga dipanggil "X."
Nama sebenar kanak-kanak itu adalah koleksi huruf dan simbol.

Sumber : AP/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.