Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemansuhan hukuman mati: Kajian menyeluruh perlu dilakukan

Kajian menyeluruh dengan mengambil kira implikasi yang akan dihadapi perlu dilakukan oleh kerajaan berhubung cadangan memansuhkan hukuman mati mandatori, kata bekas Ketua Polis Negara Malaysia Norian Mai.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemansuhan hukuman mati: Kajian menyeluruh perlu dilakukan

(Gambar hiasan: AFP)

Diterbitkan : 29 Oct 2018 09:51AM Dikemas Kini : 29 Oct 2018 09:57AM

KUALA LUMPUR: Kajian menyeluruh dengan mengambil kira implikasi yang akan dihadapi perlu dilakukan oleh kerajaan berhubung cadangan memansuhkan hukuman mati mandatori, kata bekas Ketua Polis Negara Malaysia Norian Mai.

Beliau berkata pemansuhan hukuman mati akan memberi pelbagai kesan termasuk kepada masyarakat umumnya.

“Oleh itu, kajian itu juga harus mengambil kira pandangan masyarakat dan harus dikaji secara teliti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Reunion dan Makan Malam Bekas Pegawai dan Anggota Polis Daerah Brickfields semalam (28 Okt).

Pada Isnin lepas (22 Okt), Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong berkata langkah kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori mendapat maklum balas positif daripada pihak antarabangsa.

Sebelum itu, Encik Liew turut memaklumkan kajian untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara itu berada pada peringkat akhir sebelum dibentangkan kepada para menteri nanti. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan