Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemanis PRU15, kuih tart keju guna logo parti politik M'sia laris dijual

Anggaran Waktu Membaca:
Pemanis PRU15, kuih tart keju guna logo parti politik M'sia laris dijual

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 01 Nov 2022 08:13PM Dikemas Kini : 01 Nov 2022 08:16PM
GUA MUSANG: Bahang kemeriahan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kian terasa apabila rata-rata penggemar kuih tart keju mula merubah selera mereka dengan memilih dekorasi logo parti-parti politik di Malaysia sebagai desert atau pencuci mulut.

Pengusaha kuih berkenaan, Marlia Ismail, 36 tahun, berkata lebih 1,000 tempahan kuih tart keju menggunakan lambang parti politik diterimanya sejak sebulan lepas sehingga mampu meraih jualan lebih RM350 (S$104)sehari.

"Saya mula membuat kuih tart keju ini sejak enam tahun lepas dan tidak sangka sambutan tahun ini sangat meriah apabila ramai pelanggan mahu kuih ini dihiasi dengan logo parti politik tanah air.

"Saya turut menggunakan media sosial seperti Facebook (Marlia Ismail), Instagram (Onechulicious Trading) dan TikTok (cikleya3315) untuk memasarkan kuih ini," katanya ketika ditemui pemberita di kedai kek miliknya dekat Taman Wira Perdana, di Gua Musang hari ini (1 Nov).pada Selasa

Cik Marlia berkata harga bagi 25 biji kuih tart keju bersaiz kecil ialah RM35 (S$10) sekotak manakala saiz besar pula sebanyak RM75 (S$22) sekotak, namun harga itu bergantung kepada jenis corak dan dekorasi yang diminta.

"Pelanggan saya bebas untuk memilih jenis dekorasi dan saya akan cuba membuatnya mengikut kehendak mereka kerana masa yang diambil untuk siapkan tempahan ini kira-kira satu jam berdasarkan corak yang dipilih.

"Saya masih lagi menerima tempahan kuih tart keju menggunakan logo parti politik ini hingga 18 November depan,” katanya.

Pelanggan Siti Fatimah Zaharah, 37 tahun, berkata dia meminati kuih tart keju yang dibuat oleh Cik Marlia kerana kreativiti dekorasi yang dihasilkannya juga menepati kemahuan dan cita rasanya.

“Saya ialah pelanggan setia Marlia sejak enam tahun lepas hingga kini kerana rasa kuih dan kek yang dibuatnya sangat sedap dan harganya pula murah serta berpatutan,” katanya.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan