Skip to main content

Dunia

Pemangku Presiden UMNO ajak PAS agih kerusi parlimen ala ‘Nujum Pak Belalang’

"Ini untuk kau, ini untuk aku, satu untuk kau, dua untuk aku," kata pemangku presiden UMNO Mohamad Hasan secara berseloroh berhubung cara pembahagian kerusi antara UMNO dan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemangku Presiden UMNO ajak PAS agih kerusi parlimen ala ‘Nujum Pak Belalang’

Pemangku presiden UMNO Mohamad bin Hasan (Gambar: Facebook)

Diterbitkan : 04 Apr 2019 10:56AM Dikemas Kini : 04 Apr 2019 11:05AM

MALAYSIA: "Ini untuk kau, ini untuk aku, satu untuk kau, dua untuk aku," kata pemangku presiden UMNO Mohamad Hasan secara berseloroh berhubung cara pembahagian kerusi antara UMNO dan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

"Ustaz (PAS) nak berapa (kerusi)? Lima? Ustaz ambil lima saya ambil 20. Ini di Negeri Sembilan. Di Kelantan kau ambil 20 aku ambil lima," katanya seperti ditukil Malaysiakini.

Berucap di satu ceramah di Felda Sendayan pada Rabu malam (3 Apr) kepada sekitar 400 orang, calon PRK Rantau itu menekankan kepada pemimpin PAS yang hadir bahawa rujukan dibuat kepada babak filem Nujum Pak Belalang itu sekadar gurauan.

"Bergurau ustaz. Kita boleh (menang) Negeri Sembilan senang-senang."

Sebelum memulakan kerjasama tahun lalu, UMNO dan PAS secara tradisinya bersaing di kerusi majoriti Melayu yang sama ketika pilihan raya.

Malaysiakini melaporkan, menurut Encik Mohamad, BN dan PAS perlu membahagi kerusi parlimen secara saksama untuk mengalahkan Pakatan Harapan (PH) pada PRU15 kelak.

"Apa yang penting, akhir ceritanya kita rampas balik Malaysia dari kerajaan PH, itu saja. Apa yang susah?" katanya lagi seperti ditukil Malaysiakini.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita