Skip to main content

Dunia

Pemangku Presiden Korea Selatan mahu buka 'lembaran baharu' dalam hubungan dengan Jepun

Anggaran Waktu Membaca:
Pemangku Presiden Korea Selatan mahu buka 'lembaran baharu' dalam hubungan dengan Jepun

Pemangku Presiden Korea Selatan Choi Sang-mok di upacara Hari Gerakan Kemerdekaan ke-106 bagi menandakan pemberontakan Korea Selatan menentang penjajahan Jepun, di Universiti Wanita Soongeui di Seoul pada 1 Mac 2025. (Foto: AP/Chung Sung-Jun).

Diterbitkan : 01 Mar 2025 04:57PM Dikemas Kini : 01 Mar 2025 05:48PM
SEOUL: Pemangku Presiden Korea Selatan Choi Sang-mok berkata pada Sabtu (1 Mac) bahawa beliau berharap negaranya dan Jepun dapat "membuka lembaran baharu" dalam hubungan antara kedua-dua negara itu.

Komen itu dikeluarkan semasa beliau menyampaikan ucapan di majlis Hari Gerakan Kemerdekaan 1 Mac, cuti yang menandakan ulang tahun kebangkitan Korea pada 1919 menentang penjajahan Jepun.

"Untuk bertindak balas secara berkesan terhadap situasi antarabangsa yang tidak menentu, Korea Selatan dan Jepun perlu bekerjasama antara satu sama lain," kata Encik Choi dalam ucapannya.

Encik Choi memimpin acara tersebut tanpa kehadiran Presiden Yoon Suk Yeol dan Perdana Menteri Han Duck-soo, yang kedua-duanya telah didakwa berikutan dekri undang-undang tentera yang diisytiharkan pada 3 Dis lalu.

Di bawah pentadbiran konservatif Encik Yoon, Seoul cuba menjalin hubungan yang lebih baik dengan Tokyo yang telah dibelenggu dengan pelbagai peristiwa selama bertahun-tahun sedang pengaruh China semakin meningkat dan program peluru berpandu dan nuklear Korea Utara pula semakin membimbangkan.

Encik Yoon telah diberkas secara berasingan dan didakwa atas tuduhan melakukan pemberontakan berkaitan dengan undang-undang tentera yang diisytiharkannya.

Perhimpunan besar-besaran oleh penentang dan penyokong Encik Yoon telah memecahbelahkan Seoul dan bandar-bandar utama Korea Selatan yang lain sejak hujung tahun lalu.

Jika Encik Yoon secara rasmi dipecat daripada jawatannya, pilihan raya umum mesti diadakan dalam masa dua bulan untuk mencari penggantinya.
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita