Skip to main content

Dunia

Pemangku PM Thai, kabinet baharu dijangka angkat sumpah pada 3 Jul

Pemangku Perdana Menteri Thailand Suriya Jungrungreangkit, dijadual mengetuai barisan menteri baharu menghadiri majlis angkat sumpah pada Khamis (3 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemangku PM Thai, kabinet baharu dijangka angkat sumpah pada 3 Jul

Pemangku Perdana Menteri Thailand, Suriya Jungrungreangkit dijadual mengetuai barisan menteri baharu menghadiri majlis angkat sumpah pada Khamis (3 Jul). (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 03 Jul 2025 07:52AM Dikemas Kini : 03 Jul 2025 07:53AM
BANGKOK: Pemangku Perdana Menteri Thailand Suriya Jungrungreangkit, dijadual mengetuai barisan menteri baharu menghadiri majlis angkat sumpah pada Khamis (3 Jul).

Jurucakap kerajaan, Jirayu Huangsap, berkata Encik Suriya yang juga Menteri Pengangkutan akan memimpin para menteri menghadap Raja Thailand bagi majlis angkat sumpah sebelum memulakan tugas secara rasmi.

Selepas majlis itu, Encik Suriya dijangka akan mempengerusikan mesyuarat khas kabinet dengan agenda utama melibatkan tanggungjawab dalam kalangan Timbalan Perdana Menteri dan menteri, katanya.

Pada Selasa (2 Jul), Mahkamah Perlembagaan Thailand menggantung tugas Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra, sedang mahkamah meneliti petisyen yang difailkan oleh 36 senator, yang menduduh beliau tidak berintegriti dan melanggar piawai etika yang termaktub dalam perlembagaan negara itu.

Dalam kenyataannya, mahkamah memaklumkan bahawa petisyen itu telah diterima untuk dipertimbangkan, dengan Perdana Menteri diberi tempoh 15 hari untuk mengemukakan pembelaan.

Juga pada Selasa, Warta Diraja menerbitkan pengesahan rasmi mengenai rombakan kabinet berikutan penarikan diri satu daripada rakan gabungan utama dalam kerajaan yang menyebabkan beberapa kekosongan dalam portfolio menteri.

Cik Paetongtarn, 38 tahun, yang juga pemimpin Parti Pheu Thai, dijangka akan memegang jawatan Menteri Kebudayaan selepas rombakan itu.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita