Skip to main content

Dunia

Pemangku Menteri Luar Afghanistan minta penderma antarabangsa sambung semula bantuan

Pemangku Menteri Luar Afghanistan meminta para penderma antarabangsa supaya menyambung semula bantuan sambil berkata, bantuan kepada negara itu tidak harus dipolitikkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemangku Menteri Luar Afghanistan minta penderma antarabangsa sambung semula bantuan

Gambar fail sebuah keluarga di sempadan Afghanistan-Pakistan. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 15 Sep 2021 07:00PM Dikemas Kini : 15 Sep 2021 07:02PM

KABUL: Pemangku Menteri Luar Afghanistan meminta para penderma antarabangsa supaya menyambung semula bantuan sambil berkata, bantuan kepada negara itu tidak harus dipolitikkan.

Ini menyusuli amaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa musim kemarau dan cabaran lain pada musim menanam akan datang akan menjejas teruk keselamatan makanan di Afghanistan.

"Kita tahu apa akan jadi jika pertanian terus terjejas. Ia akan meningkatkan pemakanan tidak seimbang, meningkatkan pemindahan dan seperti saya kata, semestinya secara keseluruhannya, beban kemanusiaan akan menjadi semakin buruk," kata Pengarah Pejabat Kecemasan dan Daya Bingkas PBB Rein Paulsen.

Sekitar 11 juta warga Afghanistan berdepan dengan krisis kemanusiaan yang semakin buruk.

Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memotong akses Afghanistan kepada dana, sementara Amerika Syarikat membekukan wang tunai yang disimpan^ di rizab bagi Kabul selepas Taliban mengambil alih kuasa.

Taliban dilaporkan sedang menyiasat akaun-akaun bekas para anggota jawatan tinggi pemerintah Afghanistan bagi memastikan jika ada berlakunya rasuah.

Puluhan juta dolar wang bantuan dipercayai disalur keluar daripada simpanan awam semasa di bawah pentadbiran bekas Presiden Ashraf Ghani. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita