Pemandu van tumbuk cermin kereta Wan Azizah
Seorang pemandu van ditahan polis selepas dipercayai melakukan khianat pada kenderaan jenis Toyota Alphard milik Timbalan Perdana Menteri Malaysia Wan Azizah Wan Ismail.
Gambar fail Timbalan Perdana Menteri Malaysia. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)
KUALA LUMPUR: Seorang pemandu van ditahan polis selepas dipercayai melakukan khianat pada kenderaan jenis Toyota Alphard milik Timbalan Perdana Menteri Malaysia Wan Azizah Wan Ismail.
Astro Awani melaporkan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Noor Azmi Yusoff sebagai berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang semalam (6 Sep) di Jalan Tun Razak.
Menurutnya, kemalangan kecil berlaku antara Toyota Alphard yang dipandu oleh pemandu peribadi Timbalan Perdana Menteri dengan sebuah van di simpang keluar sebuah bangunan.
"Akibat itu, pemandu van jenis Toyota Hiace itu tidak berpuas hati dan menurunkan tingkap.
"Pemandu van tersebut telah turun dari kenderaannya lalu terus menumbuk cermin hadapan Toyota Alphard tersebut hingga retak sebelum beredar," katanya kepada Sinar Harian dan ditukil Astro Awani.
Beliau berkata, kerugian dianggarkan berjumlah RM3,000 (S$995.60).
Selepas itu, aduan dibuat dan polis menahan pemandu van berusia 42 tahun, menurut Astro Awani.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.