Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemandu teksi bertindak 'biadap' tidak setuju dengan pandangan Mahathir

Majlis perjumpaan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad bersama persatuan pemandu teksi di Langkawi hari ini (21 Okt) kecoh seketika apabila beberapa anggota persatuan bertindak biadap keluar majlis dan berteriak kerana tidak setuju dengan pandangan beliau berhubung perkhidmatan Grab.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu teksi bertindak 'biadap' tidak setuju dengan pandangan Mahathir

Dr Mahathir Mohamad bersama persatuan pemandu teksi di Langkawi. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 21 Oct 2018 03:03PM Dikemas Kini : 21 Oct 2018 03:09PM

LANGKAWI: Majlis perjumpaan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad bersama persatuan pemandu teksi di Langkawi hari ini (21 Okt) kecoh seketika apabila beberapa anggota persatuan bertindak biadap keluar majlis dan berteriak kerana tidak setuju dengan pandangan beliau berhubung perkhidmatan Grab.

Sekitar 10 orang pemandu teksi berteriak dan mengeluarkan kata-kata kesat sambil berjalan keluar selepas perdana menteri itu berkata beliau akan terus mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan demi manfaat semua pihak.

Kekecohan itu hanya berlaku sekitar dua minit dan selepas keadaan reda, Dr Mahathir berkata beliau sebagai perdana menteri hanya cuba untuk membantu golongan pemandu teksi untuk memulihkan kembali pendapatan mereka.

“Kalau tak percaya saya boleh buat, buat sendirilah. Tengok apa jadi. Saya nak tolong. Tapi kalau tak ada bantuan kepada saya, saya tak boleh tolonglah.

“Saya bukan nak jadi perdana menteri. Saya bersara dah tapi orang panggil balik. Sebab itu saya datang. Kalau tak nak saya jadi perdana menteri hari ini pun saya letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya,” katanya.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan