Skip to main content

Dunia

Pemandu teksi Australia saman Uber kerana "operasi secara haram"

Sebuah syarikat guaman Australia memfailkan saman terhadap Uber Technologies bagi pihak ribuan pemandu teksi dan kereta sewa di negara itu dan mendakwa syarikat itu beroperasi secara haram dan menyebabkan mereka berhadapan masalah kewangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu teksi Australia saman Uber kerana "operasi secara haram"

(Gambar: Hannah Mckay/REUTERS)

Diterbitkan : 03 May 2019 02:46PM Dikemas Kini : 03 May 2019 02:49PM

SYDNEY: Sebuah syarikat guaman Australia memfailkan saman terhadap Uber Technologies bagi pihak ribuan pemandu teksi dan kereta sewa di negara itu dan mendakwa syarikat itu beroperasi secara haram dan menyebabkan mereka berhadapan masalah kewangan.

Tindakan saman berkenaan, difailkan di Mahkamah Agung Victoria, dikemukakan oleh sekitar 6,000 pemandu dan pemilik lesen teksi dari empat negeri.

Khidmat kereta sewa Uber ternyata popular di kalangan rakyat Australia, walaupun berhadapan dengan persaingan hebat dari industri teksi serta pihak berkuasa tempatan.

Para peguam mendakwa Uber tahu ia beroperasi secara haram di Australia atas beberapa alasan, termasuk ia "melaksanakan dasar untuk beroperasi dalam mana-mana pasaran di mana badan pengawal selia secara tidak langsung meluluskannya apabila gagal mengambil tindakan penguatkuasaan secara langsung."

Tindakan saman itu mungkin merencatkan rancangan syarikat itu yang sudah pun bersedia menjual 207 juta sahamnya untuk menokok dana sehingga AS$10 bilion (S$14 bilion), bagi memperoleh satu pelaburan IPO di Amerika Syarikat.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita