Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemandu Mercedes SG enggan beri laluan, hampir langgar ambulans di JB

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu Mercedes SG enggan beri laluan, hampir langgar ambulans di JB

(Gambar: Tangkapan skrin video We are Malaysians/Facebook)

JOHOR BAHRU: Rakaman video sebuah kereta Mercedes A180 berdaftar Singapura yang hampir melanggar sebuah ambulans di Johor Bahru baru-baru ini mencetuskan kemarahan warga maya apabila ia tular di Facebook, menurut portal berita Says. 

Dalam video 30 saat yang dimuat naik ke laman Facebook 'We are Malaysians', kereta Mercedes hitam itu dilihat memandu perlahan di lorong tengah jalan raya yang sibuk.

Kemudian datang sebuah ambulans dari lorong ketiga menghampiri laluan Mercedes dan kenderaan itu memecut, tanpa menghiraukan ambulans Pusat Perubatan Kempas. 

Kedua-dua kenderaan itu kemudian kelihatan hampir-hampir berlanggar, dan kereta Mercedes itu akhirnya mengalah.

Rata-rata warga Malaysia mengecam tindakan pemandu kereta Mercedes itu yang dikatakan penting diri dan ‘besar kepala’ apabila berada di negara jiran.

Salah seorang pengguna Facebook berkata, "Pemandu kereta hitam itu tiada etika". 

Seorang lagi pula berkata pemandu Singapura itu seharusnya dikenakan denda sekurang-kurangnya RM100,000 (S$30,852) kerana memandu secara melulu di jalan raya Malaysia. 

"Compound RM100,000 baru tau driver sg ni", kata JH DN.

"Terlalu tertekan ke penduduk pulau itu sampai jadi haiwan?" kata seorang lagi warga net. 

Namun, ada juga berpendapat isu tersebut tidak perlu diperbesarkan kerana ambulans berkenaan tidak membunyikan semboyan.

Pun begitu, pengguna jalan raya harus mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan termasuk memberi laluan kepada pihak berkuasa yang menjalankan tugas kecemasan seperti ambulans, bomba atau polis.

Sumber : Sumber Web/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan