Skip to main content

Dunia

Pemandu lori terlibat nahas akibatkan 2 rentung direman empat hari

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu lori terlibat nahas akibatkan 2 rentung direman empat hari

Tangkapan skrin video nahas tersebut, yang tular di media sosial. (Gambar: Agensi berita)

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan dan dua orang maut terbakar di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan dekat Sedenak dua hari lalu, ditahan reman empat hari.
Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata lelaki warga Malaysia berusia 38 tahun itu, direman bermula Isnin (17 Okt) hingga Khamis (20 Okt) bagi membantu siasatan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"(Bagaimanapun) identiti mangsa kedua yang terbakar dalam kemalangan itu masih tidak dapat disahkan. Kita juga sedang dalam proses mengenal pasti mayat kedua," katanya kepada Bernama pada Isnin.

Kemalangan itu yang berlaku pada pukul 7.47 malam mengorbankan Nurul Nazihah, 28 tahun, dan seorang lagi individu yang belum dikenal pasti identitinya, bagaimanapun empat yang lain terselamat.

Wanita itu ditemukan tersepit dalam Proton Wira yang dinaikinya, manakala seorang lagi mangsa dalam Toyota Vios.
 
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita