Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemandu kereta sewa privet M'sia kesal dengan peraturan baru ambil penumpang di Terminal KLIA2

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu kereta sewa privet M'sia kesal dengan peraturan baru ambil penumpang di Terminal KLIA2

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2). (Gambar hiasan: MANAN VATSYAYANA / AFP)

KUALA LUMPUR: Tindakan pengendali terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) yang membuat beberapa perubahan dalam peraturan pengambilan penumpang, menimbulkan rasa kesal dalam kalangan pemandu kereta sewa privet (e-hailing).

Dalam memo yang dikeluarkan pada Khamis (20 Okt) oleh RACG Sdn Bhd selaku pengendali lapangan terbang itu, antara perubahan yang dilakukan ialah penggunaan sistem Touch n' Go, menghadkan masa menunggu dan mengenakan caj tambahan, seperti dinukil daripada Astro AWANI.

Caj tambahan sebanyak RM2 (S$0.60) dikenakan bagi setiap kemasukan ke petak mengambil penumpang di Pintu 5.

Memo itu juga menyatakan semua kenderaan e-hailing perlu membuat pusingan semula apabila tempoh masa yang diberikan tamat, dan pemandu perlu memastikan baki sekurang-kurangnya RM20 (S$5.97) dalam kad Touch n' Go mereka.

Seorang pemandu, Mohd Hafiz Hanawi memberitahu, beliau hanya dimaklumkan tentang perubahan itu sehari sebelum ia berkuat kuasa, lapor Astro AWANI.

Makluman itu pula hanya dibuat melalui satu notis yang diedarkan kepada pemandu yang berada di klia2, sebelum diikuti oleh notifikasi rasmi daripada Grab beberapa jam kemudian.

Pemberitahuan pada saat akhir itu, kata Encik Mohd Hafiz, menyebabkan situasi kelam kabut apatah lagi ramai penumpang sudah terbiasa menunggu di aras 2, dan bukan aras 1 seperti yang diarahkan.

"Dalam group WhatsApp sudah kecoh kerana ia menyusahkan, ketika kita sampai tempat ambil penumpang, penumpang tidak bersedia malah ada yang tidak tahu pun tempat 'pick up' kerana notis di dalam terminal tidak mencukupi.

"(Pihak pengendali) kena bersiap sedia dengan semua kemungkinan seperti penumpang lambat sampai atau mereka buat tempahan awal.

"Jadi kena tempatkan anggota mereka di lokasi strategik untuk beri panduan kepada penumpang.

"Sekarang penumpang masih lagi tunggu di tempat lama, kalau di KLIA mereka tunggu tingkat 3, di klia2 pula tingkat 2 kedua.

"Jika ditahan pihak berkuasa, bukan pemandu malah penumpang pun kena kompaun," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, pada Jumaat (21 Okt).

Justeru, Encik Mohd Hafiz berharap pihak Grab Malaysia dapat bertindak dan melakukan bantahan kerana situasi itu menyukarkan mereka, malah boleh menjejaskan pendapatan mereka.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan