Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemandu kereta BMW rentung dalam nahas 4 kenderaan di JB

Mangsa ditemui tersepit di bahagian pemandu kereta BMW, yang terbakar sekitar 90%.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu kereta BMW rentung dalam nahas 4 kenderaan di JB

(Gambar: Friendsofbombaa/Facebook)

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki rentung dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan berhampiran Jambatan Permas Jaya, Lebuhraya EDL, Pasir Gudang menghala ke Bakar Batu pada pagi Isnin (25 Jul).

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Faiz Sulaiman berkata kemalangan berlaku kira-kira pukul 6.10 pagi itu membabitkan kereta BMW, Perodua Myvi, Honda City serta sebuah van pekerja kilang jenis Nissan.

Menurutnya, mangsa yang rentung ditemukan tersepit di bahagian pemandu kereta BMW, yang terbakar kira-kira 90 peratus. 

"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, kebakaran didapati melibatkan sebuah kereta BMW dan van pekerja kilang jenis Nissan yang terbakar 90 peratus serta sebuah kereta Perodua Myvi terbakar 60 peratus, manakala kereta Honda City tidak terbakar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

fire jb
(Gambar: Friendsofbombaa/Facebook)

Encik Mohd Faiz berkata pemandu lelaki Perodua Myvi dan Honda City masing-masing berusia 34 dan 52 tahun itu dilaporkan selamat dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 8.10 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian dan berkata siasatan mengenai insiden itu masih dijalankan. 

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan