Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemandu bas SG didakwa seleweng 500 liter diesel di stesen minyak Johor

Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Seorang pemandu bas warga Singapura mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Khamis (1 Jun) atas pertuduhan menyeleweng kira-kira 500 liter diesel tanpa lesen pada Selasa lalu.

Tertuduh, Low Yong Pang Benjamin, 24 tahun, didakwa telah ada dalam kawalannya barang kawalan yang juga barang berjadual iaitu diesel dianggarkan berjumlah 500 liter dalam sebuah bas persiaran dengan nombor pendaftaran Singapura.

Beliau didakwa melakukan kesalahan berurusan dengan barang kawalan berjadual secara borong atau runcit tanpa lesen.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah stesen minyak Shell di Jalan Kempas Baru, Mukim Tebrau pada 10.00 pagi, 30 Mei lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum denda sehingga RM1 juta (S$293, 000) atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala untuk kesalahan kali kedua dan seterusnya didenda tidak melebihi RM3 juta (S$879,000)atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Hakim Fatimah Zahari membenarkan Low diikat jamin RM20,000 (S$5,860) dengan dua penjamin warga Malaysia dan menetapkan 6 Julai ini untuk sebutan semula kes.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan