Skip to main content

Dunia

Pemandu bas maut diserang penumpang enggan pakai pelitup

Seorang pemandu bas di Perancis meninggal dunia selepas disahkan mati otak apabila diserang beberapa orang penumpang yang enggan memakai pelitup, kata keluarga mangsa pada Jumaat (11 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu bas maut diserang penumpang enggan pakai pelitup

Philippe Monguillot maut akibat dibelasah teruk selepas meminta penumpang memakai pelitup muka. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 11 Jul 2020 10:14PM Dikemas Kini : 11 Jul 2020 10:19PM

BAYONNE,Perancis: Seorang pemandu bas di Perancis meninggal dunia selepas disahkan mati otak apabila diserang beberapa orang penumpang yang enggan memakai pelitup, kata keluarga mangsa pada Jumaat (11 Jul).

Philippe Monguillot, 59, meninggal dunia di hospital, menurut anaknya Marie.

Encik Monguillot diserang di bandar Bayonne pada Ahad (5 Jul), ketika meminta tiga penumpang untuk memakai pelitup yang diwajibkan di semua pengangkutan awam di negara itu dan cuba memeriksa tiket seorang lagi lelaki.

Menurut pejabat pendakwaraya tempatan, dua lelaki didakwa atas tuduhan cuba membunuh, dua lagi kerana tidak menghulurkan bantuan kepada seseorang dalam bahaya manakala lelaki kelima didakwa atas percubaan menyembunyikan suspek.
Difahamkan, Encik Monguillot cuba menghalang suspek daripada memasuki bas tersebut sebelum ditumbuk beberapa kali hingga menyebabkan kecederaan serius di kepala.

Mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri semasa dibawa ke hospital

Susulan daripada kejadian itu, perkhidmatan bas wilayah terganggu selepas beberapa rakan mangsa enggan bekerja sebagai tanda tunjuk perasaan terhadap serangan kejam tersebut.

Menteri Dalam Negeri Gerald Darmanin dijadual tiba di Bayonne pada Sabtu untuk menemui para pemandu dan membincangkan langkah-langkah keselamatan lebih ketat.  

Sumber : AFP/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita