Pemandu bas dalam nahas di Genting Highlands tiada lesen, miliki 27 saman
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Bernama)
BENTONG: Pemandu bas persiaran yang terbabit nahas di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands sehingga meragut nyawa dua pelancong warga China pada Sabtu (29 Jun), tiada lesen memandu dan memiliki 27 rekod saman lampau.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, dalam nahas tersebut, pemandu bas berusia 32 tahun itu dilaporkan cedera.
Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku ketika bas membawa 21 penumpang termasuk pemandu itu dalam perjalanan turun dari Genting Highlands menuju ke Kuala Lumpur, lapor Sinar Harian.
"Ketika tiba di lokasi kejadian, bas terbabit terbabas melanggar tembok tengah pembahagi jalan sebelum terbalik.
"Akibat kejadian, dua penumpang warga China, Wang Shuhong, 49, dan Zhang Ping, 58 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya melalui kenyataan pada Sabtu.
Encik Zaiham berkata, pemandu bas, pembantu dan pemandu pelancong warga tempatan serta 16 penumpang Warga China berjaya dibawa keluar dari bas sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
"Seramai 13 mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan enam lagi menerima rawatan di Hospital Bentong," katanya.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.