Pemain papan luncur air cedera parah diserang ikan jerung
Seorang pemain papan luncur air cedera parah setelah diserang seekor ikan jerung awal pagi tadi (17 Feb) di Australia.
Lelaki 41 tahun sedang bermain papan luncur di Teluk Byron apabila diserang jerung. (Gambar: Reuters)
SYDNEY: Seorang pemain papan luncur air cedera parah setelah diserang seekor ikan jerung awal pagi tadi (17 Feb) di Australia.
Kejadian itu berlaku semasa Sam Edwardes, 41 tahun, sedang bermain papan luncur di Teluk Byron yang terkenal di wilayah New South Wales.
Ikan jerung itu melanggar papan luncurnya, menyebabkan beliau terjatuh ke dalam laut. Edwardes dapat menyelamatkan diri dengan bantuan seorang lagi pemain papan luncur.
Namun, ada bahagian daging kakinya dibaham oleh ikan jerung itu dalam insiden tersebut.
Menurut data yang dikumpul oleh Taman Haiwan Tarong di Sydney, terdapat 27 serangan melibatkan ikan jerung di perairan Australia pada tahun lalu. Ia termasuk satu insiden yang menyebabkan kematian.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.