Skip to main content

Dunia

Peluru berpandu yang dilancarkan dari Yaman mungkin berjaya dipintas, kata tentera Israel

Tentera Israel menyatakan pada Ahad (13 Apr) bahawa percubaan untuk memintas peluru berpandu yang dilancarkan dari Yaman kemungkinan besar berjaya selepas semboyan serangan udara dibunyikan di seluruh Israel.

Anggaran Waktu Membaca:
Peluru berpandu yang dilancarkan dari Yaman mungkin berjaya dipintas, kata tentera Israel

Orang ramai berkumpul di lokasi impak selepas satu roket yang ditembak dari Carikan Gaza merosakkan sebuah kawasan di Israel, di Ashkelon, pada 6 April 2025. (Gambar: REUTERS/Amir Cohen)

Diterbitkan : 14 Apr 2025 07:36AM Dikemas Kini : 14 Apr 2025 07:37AM
BAITULMAKDIS: Tentera Israel menyatakan pada Ahad (13 Apr) bahawa percubaan untuk memintas peluru berpandu yang dilancarkan dari Yaman kemungkinan besar berjaya selepas semboyan serangan udara dibunyikan di seluruh Israel.

Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab setakat ini.

Semboyan kedengaran di Baitulmakdis sekitar jam 6.16 petang waktu tempatan (11.16 malam waktu Singapura). Pada awalnya, tentera Israel menyatakan dua peluru berpandu dipercayai telah dilancarkan dari Yaman tetapi tidak lama kemudian, ia memaklumkan bahawa hanya satu peluru berpandu dilancarkan.

Pergerakan Houthi di Yaman yang disokong Iran melancarkan serangan peluru berpandu dan dron terhadap Israel sejak perang semasa di Gaza bermula pada 2023, dengan alasan bahawa mereka bertindak bagi menyokong rakyat Palestin.

Serangan kumpulan tersebut dihentikan ketika gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza bermula pada Januari. Namun, Israel mengakhiri gencatan senjata tersebut pada Mac, dan meneruskan kempen ketenteraannya di Gaza.

Perang bermula pada Oktober 2023 apabila Hamas melakukan serangan ke atas masyarakat di selatan Israel berhampiran Gaza, meragut 1,200 nyawa dan menawan 251 yang lain, menurut pegawai Israel.

Serangan balas Israel pula meragut nyawa lebih 50,000 rakyat Palestin di Gaza, menurut pegawai kesihatan di wilayah yang diperintah Hamas itu.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita