Skip to main content

Dunia

Peluncur udara maut terhempas pada cerun konkrit di Kota Kinabalu

Anggaran Waktu Membaca:
KOTA KINABALU: Seorang peluncur udara maut setelah terhempas ke cerun konkrit di dalam kawasan pembinaan lebuh raya Pan Borneo di Manggatal di Kota Kinabalu pada sekitar pukul 2.00 petang pada Jumaat (30 Dis).

Lelaki berusia 26 tahun itu difahamkan sempat menurunkan penumpang di kawasan berhampiran, namun kemudian diterbangkan oleh angin kuat sebelum terhempas dan maut di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supt Kalsom Idris ketika dihubungi mengesahkan kemalangan itu masih dalam siasatan pihak polis.

Beliau berkata mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I dan kes pada masa ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita