Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelukis Pulau Pinang ini hasilkan potret seniman P.Ramlee guna 620 biji kopi

Lagu-lagu dan karya filem seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee tidak lapuk dek zaman bahkan malar segar sepanjang abad. Maka tidak hairanlah bintang legenda perfileman Melayu klasik itu terus dikenang dan disanjung hingga ke hari ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelukis Pulau Pinang ini hasilkan potret seniman P.Ramlee guna 620 biji kopi

Encik Foo bersama hasil seninya yang memaparkan potret arwah seniman P.Ramlee. (Gambar: Mycurl Foo/Facebook)

Diterbitkan : 01 May 2021 11:33PM Dikemas Kini : 01 May 2021 11:38PM

PETALING JAYA: Lagu-lagu dan karya filem seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee tidak lapuk dek zaman bahkan malar segar sepanjang abad. Maka tidak hairanlah bintang legenda perfileman Melayu klasik itu terus dikenang dan disanjung hingga ke hari ini.

Bahkan, ini turut dilakukan salah seorang pelukis kelahiran Pulau Pinang tetapi menerusi cara yang cukup unik.

Michael Foo Chee Meng, 39 tahun, membuat naskah seni potret bintang legenda yang diminatinya itu dengan menggunakan 620 biji kopi.

Encik Foo berkongsi bersama Malay Online bahawa beliau membesar dengan menonton filem-filem P.Ramlee seperti Bujang Lapok, Madu Tiga dan Tiga Abdul yang diterbitkan pada tahun-tahun 1980-an.

"Sebagai seorang warga Pulau Pinang, saya amat bangga dengan P.Ramlee dan sumbangannya kepada industri perfileman.

"Saya sudah lama mengagumi bakat beliau seperti nyanyian dan lakonannya," ujarnya.

“Ibu bapa saya menggalak saya menonton filem-filem beliau sejak dari kecil dan saya juga mengajak anak-anak saya menonton filem-filem beliau kerana bakatnya di layar perak."

Beliau menambah sebagai seorang warga Pulau Pinang yang kagum dengan arwah P.Ramlee, beliau menghasilkan karya seni dengan menggunakan biji kopi tempatan berjenama Sin Boon Kee untuk membuat potret seniman itu yang juga anak kelahiran Pulau Pinang.

Menurut BHonline, Encik Foo mengambil masa sehari suntuk untuk menghasilkan potret itu pada Isnin (26 Apr).

"Buat masa ini, saya tidak ada rancangan untuk menjual hasil seni saya dan akan menggantungnya di dalam bilik saya."

Sekitar dua minggu lalu, pelukis itu menjadi tumpuan para pengguna media sosial setelah menghasilkan satu karya seni potret Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah dengan menggunakan 300 biji kuaci.

Hasil seni itu dibuat bagi sebuah peraduan, 'The Art of Sunflower Seeds' Musim 2. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan