Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelosi berangkat dari Tokyo; gulung lawatan ke Asia

Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi meninggalkan Jepun, sekali gus melengkapkan siri lawatannya ke negara-negara Asia, lapor Sputnik, memetik akhbar Nikkei pada Sabtu (6 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Pelosi berangkat dari Tokyo; gulung lawatan ke Asia

Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi. (Gambar: AFP)

TOKYO: Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi meninggalkan Jepun, sekali gus melengkapkan siri lawatannya ke negara-negara Asia, lapor Sputnik, memetik akhbar Nikkei pada Sabtu (6 Ogos).

Pesawat yang membawa delegasi Cik Pelosi berlepas dari Tokyo selepas pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dan Speaker Dewan Rakyat Hiroyuki Hosoda.

Semasa pertemuan itu, kedua-dua pihak menekankan pentingnya untuk meningkatkan perikatan AS-Jepun serta kerjasama yang bertujuan untuk membina wilayah Indo-Pasifik yang bebas lagi terbuka.

Sebelum tiba di Jepun, Cik Pelosi melawat Singapura, Malaysia, Taiwan dan Korea Selatan.

Lawatannya ke Taiwan mencetuskan kemarahan China yang melancarkan latihan tentera berskala besar di perairan berhampiran pulau itu.
 
Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan