Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelitup muka tidak lagi diwajibkan di tempat tertutup di Sepanyol

Anggaran Waktu Membaca:
Pelitup muka tidak lagi diwajibkan di tempat tertutup di Sepanyol

Gambar: (AP Photo/Paul White)

MADRID: Sepanyol mengambil satu lagi langkah pada Rabu (20 Apr) ke arah kehidupan yang normal di tengah-tengah pandemik dengan memansuhkan sebahagian peraturan yang mewajibkan pemakaian pelitup di tempat tertutup selama hampir dua tahun.

Pelitup bagaimanapun muka masih diwajibkan untuk para pelawat dan kakitangan pusat kesihatan dan rumah jagaan, namun pesakit tidak perlu memakai pelitup muka, menurut dekri pemerintah yang diluluskan pada Selasa (19 Apr).

Pelitup muka masih diwajibkan di dalam semua pengangkutan awam tetapi bukan di stesen atau lapangan terbang.

Bagaimanapun masih belum jelas kesan dekri ke atas tempat kerja seperti syarikat awam dan swasta, bank, kilang dan gerai kerana pemerintah membenarkan majikan untuk memilih meneruskan pemakaian pelitup jika mereka berpendapat bahawa masih ada risiko kepada kesihatan.

Pelitup masih digalakkan namun tidak diwajibkan dalam banyak perhimpunan, di kawasan yang sesak atau apabila berada dalam kalangan golongan yang lemah.

Sekolah-sekolah juga akan dikecualikan daripada menggunakan pelitup muka.

Lebih 92 peratus penduduk Sepanyol berumur 12 tahun ke atas sudah menerima sekurang-kurangnya dua dos vaksin.

Jumlah jangkitan dan kematian akibat koronavirus di Sepanyol juga sudah merosot dalam beberapa bulan yang lalu.

Sepanyol sudah memansuhkan tempoh pengasingan untuk individu yang dijangkiti COVID-19 yang mengalami gejala ringan atau tanpa gejala.

Sumber : AP/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan