Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelepasan pasport guna kod QR bagi penumpang bas kilang di pusat pemeriksaan Johor bermula Jun

Anggaran Waktu Membaca:
Pelepasan pasport guna kod QR bagi penumpang bas kilang di pusat pemeriksaan Johor bermula Jun

Gambar: Zamzahuri Abas/CNA

Diterbitkan : 24 Apr 2024 11:09AM Dikemas Kini : 24 Apr 2024 11:11AM
JOHOR BAHRU: Di bawah satu inisiatif perintis yang dilancarkan pada Jun, rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan ke Singapura dengan menaiki bas kilang akan dapat melepasi imigresen melalui kod QR di kedua-dua pemeriksaan darat Johor.

Skim tersebut, yang diterajui Kementerian Ehwal Dalam Negeri Malaysia, dilaksanakan menyusuli respons memberangsangkan yang diterima terhadap langkah Penguasa Pusat Pemeriksaan dan Imigresen Singapura (ICA) yang memperkenalkan inisiatif kod QR pada 19 Mac lalu bagi mereka yang menaiki kereta di sempadan daratnya.

Langkah yang diperkenalkan Singapura itu menerima maklum balas positif daripada para pelawat, sekali gus meningkatkan gesaan daripada pelawat dan perniagaan dari Johor agar kerajaan Malaysia melancarkan inisiatif yang serupa.

Apabila dihubungi pada Selasa malam (23 Apr), pengerusi jawatankuasa Kerja, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh memberitahu Mediacorp bahawa inisiatif tersebut akan diguna pakai bagi rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan ke Singapura yang menaiki "bas kilang". Beliau menekankan bahawa para pelawat yang memegang pasport Singapura belum lagi termasuk dalam inisiatif itu.

Encik Fazli berkata pelawat-pelawat ini akan menggunakan pelepasan kod QR di kedua-dua Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar, kompleks imigresen yang masing-masing menghubungkan Koswe Johor-Singapura dan Tuas LinKedua.

"Inisiatif ujian perintis ini hanya melibatkan rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan dengan menaiki bas kilang sahaja," jelas Encik Fazli.

"Pelawat-pelawat ini masih perlu membawa pasport mereka kerana pada ketika ini, sistem kod QR bagi kedua-dua Malaysia dan Singapura berfungsi secara berbeza dan belum bersepadu," katanya.

Kilang bas merupakan kenderaan yang didaftar di Malaysia, yang membawa pekerja antara Johor Bahru dengan kawasan-kawasan perindustrian di Singapura. Media tempatan menganggarkan kira-kira 500 bas sedemikian melalui pusat pemeriksaan darat setiap hari.

Encik Fazli menjelaskan lanjut bahawa bagi inisiatif perintis ini, pegawai imigresen akan menaiki bas kilang dengan pengimbas pegang di pusat pemeriksaan tersebut.

Pegawai itu kemudian akan mengimbas kod QR bagi setiap pelawat. Beliau berkata bahawa kod QR tersebut, dijana daripada satu aplikasi di telefon bimbit mereka.

Encik Fazli menambah bahawa Kementerian Ehwal Dalam Negeri serta Jabatan Imigresen akan membuat pengumuman selanjutnya untuk mengesahkan butiran pelaksanaan sistem kod QR itu.

Beliau berkata perancangan keseluruhan itu adalah untuk "memperluaskan skop pelawat", yang boleh menggunakan sistem kod QR tersebut.

Menyusuli pelancaran sistem kod QR Singapura pada Mac lalu, para pelawat memberi maklum balas positif, dengan sebilangan malah menekankan bahawa sistem itu mengurangkan sehingga 30 minit masa perjalanan mereka memandangkan ia mengurangkan kesesakan di sempadan Singapura.

Rakyat dan perniagaan Johor juga menggesa kerajaan Malaysia supaya melaksanakan sistem yang serupa, sejajar dengan pelepasan bebas pasport dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (SEZ) yang diusulkan.

Pada Januari lalu, kedua-dua negara memeterai satu Memorandum Persefahaman (MOU) untuk melakarkan rangka kerja bagi perjanjian yang mengikat kedua-dua pihak secara sah berhubung SEZ.

Tunggak penting MOU itu adalah untuk meneroka pelepasan bebas pasport di kedua-dua sempadan dan Singapura memperkenalkan sistemnya terlebih dahulu pada Mac lalu.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan