Pelepasan imigresen guna kod QR berjalan lancar sepanjang ujian selama 3 bulan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Kementerian Dalam Negeri Malaysia/Facebook)
PUTRAJAYA: Proses pengujian pemeriksaan imigresen menggunakan Kod QR untuk perkhidmatan bas dan motosikal di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) Johor bermula 1 Jun berjalan dengan lancar.
Ketua Pengarah Imigresen Ruslin Jusoh berkata bahawa pelaksanaan pengujian itu mendapat maklum balas positif daripada pengguna.
Berdasarkan rekod jabatannya, 117,000 pengguna sudah memuat turun aplikasi tersebut dan 13,846 pengguna telahpun menggunakannya.
Beliau berkata proses pengujian yang sama turut dilaksanakan di laluan penumpang bas di CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI).
“Imigresen kini dalam peringkat akhir memperkemaskan keperluan-keperluan aplikasi Kod QR bagi memastikan kelancaran pelaksanaan ini,” katanya.
Encik Ruslin turut memaklumkan bahawa pelaksanaan pemeriksaan imigresen menggunakan Kod QR adalah dalam proses percubaan secara Pembuktian Konsep (POC) untuk tempoh tiga bulan.
Beliau berkata dalam tempoh itu, penggunaan Kod QR hanya melibatkan warga Malaysia yang menggunakan perkhidmatan bas dan motosikal di CIQ KSAB serta perkhidmatan bas di CIQ BSI.
Menurutnya lagi, Jabatan Imigresen Malaysia sentiasa komited dalam memastikan pelaksanaan Kod QR di CIQ KSAB dan CIQ BSI berjalan lancar bagi memudahkan pergerakan keluar masuk di pintu masuk sempadan Malaysia-Singapura.

Sumber : Bernama/NQ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.