Pelawat tidak perlu sijil vaksinasi untuk masuk Arab Saudi
(Gambar: AFP)
RIYADH: Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan pada Isnin (21 Mac) bahawa sijil vaksinasi terhadap koronavirus tidak lagi menjadi syarat wajib bagi pelawat yang ingin masuk ke negara itu, lapor Saudi Gazette.
Kementerian itu menyatakan bahawa semua sekatan kesihatan utama, yang dikenakan ke atas mereka yang membuat perjalanan ke negera itu ekoran pandemik, sudahpun ditarik balik.
Ini termasuk penyerahan wajib sijil vaksinasi, hasil negatif bagi ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) atau ujian pantas antigen (ART) sebelum atau semasa tiba di negara itu serta keperluan kuarantin di kemudahan institusi dan rumah.
Kementerian membuat keputusan untuk menarik balik sekatan-sekatan itu disebabkan kemerosotan mendadak pada kadar kes positif koronavirus di negara itu, lapor Saudi Gazette.
Ini di samping kadar vaksinasi yang telahpun meningkat kepada 99 peratus bagi semua kumpulan sasaran penduduk Saudi, berusia 12 tahun dan ke atas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.