Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelawat tiba di Britain tunggu lama untuk lepas imigresen dek kegagalan sistem pintu elektrik pasport

Anggaran Waktu Membaca:
Pelawat tiba di Britain tunggu lama untuk lepas imigresen dek kegagalan sistem pintu elektrik pasport

Orang ramai terpaksa menunggu lama di Lapangan Terbang Gatwick, London pada pukul 2.00 pagi 27 Mei 2023 untuk pemeriksaan pasport. (Gambar: Chris O'Hara/Twitter)

LONDON: Kegagalan sistem pintu elektrik pasport di beberapa lapangan terbang di Britain menyebabkan penumpang yang tiba di negara itu terpaksa menunggu lama.

Penumpang mengadu terpaksa menunggu beberapa jam di beberapa lapangan terbang, termasuk dua lapangan terbang utama London iaitu Heathrow dan Gatwick, apabila pasport mereka perlu disemak secara manual, lapor agensi berita Jerman dpa dan agensi berita Britain PA Media. 

Seorang wanita yang tiba di Heathrow pada awal Sabtu (27 Mei) berkata kepada AFP: "Tiba dari Dubai semalaman dan perlu beratur lama. 

"Pesawat saya mendarat pada pukul 6.00 pagi, masih ada lautan manusia di depan saya kerana pemeriksaan pasport dilakukan secara manual." 

Jurucakap Lapangan Terbang Gatwick berkata masalah itu bermula pada petang Jumaat (26 Mei). 

Beliau berkata sesetengah penumpang mungkin mengalami kelengahan di imigresen disebabkan masalah itu. 

“Isu ini menjejas beberapa pintu masuk ke negara ini dan bukan hanya di Heathrow,” menurut akaun Twitter Lapangan Terbang Heathrow. 

“Pasukan kami bekerjasama rapat dengan Pasukan Sempadan untuk membantu menyelesaikan masalah secepat mungkin termasuk menempatkan pekerja tambahan. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi oleh perjalanan penumpang.”

Sistem pintu elektronik dibuka untuk warga Britain berumur lebih 12 tahun dan penumpang dari Kesatuan Eropah serta dari beberapa negara lain termasuk Singapura, Australia, Kanada, Amerika Syarikat (AS), Jepun dan New Zealand.

Ekoran masalah itu, British Airways terpaksa membatalkan 175 penerbangan pada Khamis (25 Mei) dan Jumaat.

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan