Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelawat sudah lengkap divaksin tidak perlu ujian COVID-19 masuk Indonesia

Anggaran Waktu Membaca:

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo pada Selasa (17 Mei) mengumumkan bahawa pelawat yang sudah lengkap divaksin tidak lagi dikehendaki untuk menunjukkan keputusan negatif ujian COVID-19 apabila tiba di negara tersebut. 

"Pelawat domestik dan antarabangsa yang sudah lengkap divaksin tidak lagi perlu menjalani ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) atau swab antigen," dedahnya menerusi saluran YouTube jabatan presiden. 

Indonesia menarik balik syarat itu bagi pelawat domestik lengkap divaksin pada Mac, tetapi pelawat asing masih dikehendaki menjalani ujian COVID-19 sebelum berlepas. 

Namun, Presiden Jokowi tidak mengatakan bila dasar baru itu berkuat kuasa. 

Beliau juga berkata pemerintah Indonesia akan melonggarkan dasar memakai pelitup di negara tersebut. 

"Jika mereka sedang melakukan aktiviti di ruang terbuka di mana tidak ada ramai orang, mereka tidak perlu memakai pelitup. Namum, bagi aktiviti-aktiviti di tempat tertutup dan pengangkutan awam, mereka masih dikehendaki memakai pelitup," katanya. 

Indonesia baru-baru ini melaporkan antara 200 hingga 400 kes harian COVID-19, jauh lebih rendah berbanding kemuncak gelombang keduanya pada Mac dengan lebih 50,000 kes setiap hari. 

Lebih enam juta orang di Indonesia dijangkiti COVID-19 sejak pandemik bermula dengan lebih 156,000 kematian dicatatkan.

61 peratus, daripada 270 juta penduduk di Indonesia, atau 166 juta orang sudah lengkap divaksin. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan