Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelawat S'pura, Thailand dikecualikan dari pengasingan diri di England & Scotland

Singapura dan Thailand sudah dimasukkan ke dalam senarai koridor perjalanan COVID-19 England, menurut kerajaan Britain pada Khamis (17 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Pelawat S'pura, Thailand dikecualikan dari pengasingan diri di England & Scotland

(Gambar: AP Photo/Matt Dunham)

Diterbitkan : 18 Sep 2020 12:40PM Dikemas Kini : 18 Sep 2020 02:08PM

LONDON: Singapura dan Thailand sudah dimasukkan ke dalam senarai koridor perjalanan COVID-19 England, menurut kerajaan Britain pada Khamis (17 Sep).

Mulai pukul 4.00 pagi (waktu Britain) Sabtu ini, para pelawat dari negara-negara itu tidak lagi perlu menjalani pengasingan diri selama dua minggu sebaik sahaja mereka tiba di England.

Pengecualian itu adalah bagi para pelawat dari Singapura dan Thailand selagi mereka tidak berada, atau melakukan persinggahan di negara-negara yang tidak dikecualikan, 14 hari sebelum tiba di negara itu, menurut Jabatan Pengangkutan dan Pejabat Pembangunan Luar dan Komanwel (FCDO).

Singapura dan Thailand sudahpun dikecualikan daripada nasihat global FCDO berhubung perjalanan tidak penting.

Buat masa ini, Singapura sudah mempersetujui aturan perjalanan rentas sempadan dengan China, Malaysia, Brunei, Korea Selatan dan Jepun, manakala perbincangan sedang diteruskan untuk melakar aturan serupa dengan Hong Kong, Thailand dan Indonesia.

Pada Khamis, Singapura melaporkan jumlah kes COVID-19 yang terendah dalam tempoh enam bulan dengan 18 jangkitan disahkan.

Kerajaan Britain juga mengumumkan bahawa Slovenia dan Guadeloupe sudah digugurkan daripada senarai pengecualian setelah kadar kes mingguan masing-masing meningkat 102 peratus dan 558 peratus.

Para pelawat yang tiba di England dari negara-negara tersebut selepas pukul 4.00 pagi pada Sabtu akan dikehendaki menjalani pengasingan diri selama dua minggu. 

Sumber : CNA/NA/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa