Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelawat pernah positif COVID-19, lengkap divaksin tidak perlu dikuarantin setibanya di M'sia

Pelawat yang pernah dijangkiti COVID-19 dan sudahpun lengkap divaksin tidak perlu menjalani kuarantin wajib setibanya di Malaysia. Namun, mereka masih perlu melakukan ujian pengesanan COVID-19 menggunakan RTK antigen (Ag) di pintu masuk antarabangsa (PMA).

Anggaran Waktu Membaca:
Pelawat pernah positif COVID-19, lengkap divaksin tidak perlu dikuarantin setibanya di M'sia

Penumpang dari S'pura tiba di KLIA (Gambar: BERNAMA)

KUALA LUMPUR: Pelawat yang pernah dijangkiti COVID-19 dan sudahpun lengkap divaksin tidak perlu menjalani kuarantin wajib setibanya di Malaysia. Namun, mereka masih perlu melakukan ujian pengesanan COVID-19 menggunakan RTK antigen (Ag) di pintu masuk antarabangsa (PMA).

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bagaimanapun berkata bagi pelawat yang belum lengkap divaksin atau tidak divaksin, mereka akan menjalani kuarantin wajib tujuh hari di stesen kuarantin setibanya di Malaysia serta perlu melakukan ujian pengesanan COVID-19.

"Berdasarkan data dan bukti saintifik serta pengalaman negara lain berkaitan pengurusan kemasukan pengembara yang pernah dijangkiti COVID-19, kerajaan mengambil pendekatan bahawa pengembara dengan sejarah dijangkiti wabak itu hendaklah lengkap divaksin dan mengemukan bukti penerimaannya.

“Pengembara juga perlu mengemukakan bukti dijangkiti wabak itu dalam tempoh 11 hari hingga 60 hari sebelum berlepas ke Malaysia, melalui keputusan ujian makmal yang dicetak atau secara digital.

“Pengembara yang mempunyai sejarah kemasukan ke hospital kerana dijangkiti COVID-19 perlu mengemukakan surat “Fit to Travel" daripada pengamal perubatan di hospital terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini (12 Jan).

Encik Khairy berkata perkara itu antara prosedur operasi standard (SOP) terkini bagi pelawat dengan sejarah jangkitan COVID-19 yang akan berkuat kuasa Khamis (13 Jan).

Beliau berkata Malaysia masih mengamalkan prosedur kawalan sempadan termasuk pengujian dan kuarantin ke atas pelawat yang tiba ke negara itu, justeru kes dengan ujian RT-PCR positif tidak dibenarkan masuk. 

Beliau menambah bagi pelawat yang menjalani pengasingan di tempat kediaman termasuk hotel kerana dijangkiti COVID-19 dan tidak dimasukkan ke hospital, mereka perlu menjalani ujian saringan RTK Ag profesional dalam tempoh dua hari sebelum berlepas ke Malaysia.

“Hanya individu dengan keputusan negatif sahaja dibenarkan meneruskan perjalanan. Kesemua dokumen berkaitan hendaklah dibawa dan ditunjukkan kepada pihak berkuasa penerbangan dan kesihatan di pintu masuk, sekiranya diminta,” tekan beliau.

Sementara itu, bagi pelawat yang tidak pernah dijangkiti COVID-19, ketetapan semasa masih terpakai dan sebarang perkembangan mengenai situasi serta ketetapan baru bagi pelawat akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan