Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelawat lengkap divaksin boleh masuk Filipina mulai 10 Feb

Anggaran Waktu Membaca:
Pelawat lengkap divaksin boleh masuk Filipina mulai 10 Feb

Penduduk Filipina di luar sebuah gereja di Manila (Gambar: AP/Aaron Favila)

FILIPINA: Filipina akan membuka semula negara itu kepada
para pelancong yang sudah lengkap divaksin mulai 10 haribulan depan, hampir dua tahun sejak ia menutup sempadannya bagi membendung penularan COVID-19.

Filipina berharap langkah itu akan memacu sektor pelancongannya yang terjejas teruk.

Rakyat dari kira-kira 150 negara yang mempunyai kemasukan bebas visa akan dibenarkan mengunjungi Filipina.

Para pengunjung hanya perlu disahkan negatif COVID-19 sebelum berlepas ke Filipina.

Mereka tidak akan dikuarantin setibanya di negara itu.

Pihak berkuasa menyatakan, langkah melonggarkan sekatan-sekatan COVID-19 akan membantu memulihkan pekerjaan dan membuka semula perniagaan-perniagaan.

Sumber : CNA/AI/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan