Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelawat ke Myanmar kini boleh tanam pokok untuk galak pelancongan mampan

Anggaran Waktu Membaca:
Pelawat ke Myanmar kini boleh tanam pokok untuk galak pelancongan mampan

Bendera kebangsaan Myanmar. (Gambar: iStock/ugurhan)

Diterbitkan : 17 Jun 2024 11:47PM Dikemas Kini : 17 Jun 2024 11:48PM
YANGON: Myanmar melancarkan kempen "Seorang Pelancong Sebatang Pokok" yang membenarkan pelancong antarabangsa menanam pokok peringatan untuk menggalakkan pelancongan yang lestari dan bertanggungjawab.

Demikian kata seorang pegawai daripada Jabatan Promosi Pelancongan kepada Xinhua pada Isnin (17 Jun).

Inisiatif tersebut, yang dilancarkan bersama oleh Kementerian Hotel dan Pelancongan serta Kementerian Sumber Asli dan Pemuliharaan Alam Sekitar Myanmar, bertujuan untuk mengurangkan kesan bencana berkaitan iklim, katanya.

Kempen itu menggalakkan sektor pelancongan menyumbang kepada pemeliharaan alam semula jadi dan pengurangan pelepasan gas rumah hijau yang berkaitan dengan pelancongan, katanya.

Ia akan diadakan setiap tahun dari Jun hingga November di destinasi pelancongan utama seperti Yangon, Nay Pyi Taw, tapak arkeologi Bagan, Mandalay, Tasik Inle, Pantai Ngwe Saung, dan Pantai Chaungtha, kata pegawai itu.

Dalam empat bulan pertama tahun ini, Myanmar menerima lebih 430,000 pelancong asing, dengan majoriti berasal dari China, diikuti oleh Thailand, melalui pengaturan visa.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan