Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelawat dari China perlu lengkap divaksin sebelum berlepas ke Sabah

Anggaran Waktu Membaca:
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah pada Rabu (4 Jan) menetapkan pelawat yang berlepas dari China perlu lengkap vaksinasi COVID-19 mengikut kriteria negara asal masing-masing sebelum memasuki negeri itu, berkuat kuasa 8 Januari.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata pelawat berkenaan juga perlu menunjukkan hasil negatif ujian COVID-19 (RT-PCR atau RTK Ag Professional) dalam tempoh 48 jam sebelum berlepas.

“Perkara itu diputuskan Jemaah Menteri Negeri Sabah yang bermesyuarat hari ini,” kata jurucakap COVID-19 kerajaan Sabah itu menerusi satu kenyataan pada Rabu malam (4 Jan).

Encik Masidi berkata kerajaan negeri juga menetapkan semua pelawat dari luar negara yang tiba di Sabah dikehendaki menjalani pemeriksaan suhu badan. Menurut beliau, pengembara yang dikesan mempunyai simptom demam akan menjalani pemeriksaan lanjut.

“Pelawat yang mempunyai gejala COVID-19 wajib menjalani ujian RTK Antigen COVID-19,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 12 kes COVID-19 dilaporkan di Sabah pada Rabu manakala 138 pesakit masih menerima rawatan dengan 10 daripadanya memerlukan penjagaan kritikal dan 23 pesakit sudah pulih.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan