Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelawat asing ke M'sia tidak perlu lagi jalani ujian ART 6 hari mulai 3 Mac

Pelawat dari luar negara yang tiba di Malaysia melalui tiga program tidak perlu lagi menjalani ujian enam hari COVID-19 Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag) (kendiri dan profesional) selepas ketibaan bermula Khamis ini (3 Mac).
 

Anggaran Waktu Membaca:
Pelawat asing ke M'sia tidak perlu lagi jalani ujian ART 6 hari mulai 3 Mac

Penumpang dari S'pura tiba di KLIA (Gambar: BERNAMA)

KUALA LUMPUR: Pelawat dari luar negara yang tiba di Malaysia melalui tiga program tidak perlu lagi menjalani ujian enam hari COVID-19 Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag) (kendiri dan profesional) selepas ketibaan bermula Khamis ini (3 Mac).

Dalam satu kenyataan pada Isnin (28 Feb), Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata prosedur baru itu terpakai untuk pelawat yang memasuki Malaysia melalui program Laluan Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) udara dan darat, Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LITB) dan Pusat Sehentian (OSC) untuk pelawat perniagaan jangka pendek. 

Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) juga menggugurkan keperluan menjalani ujian COVID-19 RT-PCR atau RTK-Ag (profesional) bagi pelawat yang tiba di Malaysia di bawah program LITB sebelum keluar dari Pulau Langkawi. 

Selain itu, Encik Khairy berkata KKM turut menggugurkan keperluan menjalani ujian kendiri RTK-Ag bagi pelawat umum dari United Kingdom, yang sebelum ini perlu dilakukan setiap hari sepanjang tempoh kuarantin.

Beliau berkata keperluan Pegawai Pengiring bagi pelawat perniagaan jangka pendek Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), yang menggunakan kemudahan OSC untuk memasuki Malaysia, turut digugurkan. Namun, mereka masih perlu mengikut jadual program terkawal yang diluluskan oleh Jawatankuasa OSC.  

“Walaubagaimanapun, ujian pengesanan COVID-19 yang perlu dijalani dua hari sebelum berlepas ke Malaysia dan semasa ketibaan di Malaysia masih dikekalkan seperti protokol sedia ada. 

“Saya ingin tekankan sekali lagi bahawa prosedur baru ini hanya terpakai ke atas pengembara yang memasuki Malaysia melalui program VTL, LITB dan OSC sahaja,” tegasnya.

Encik Khairy menambah bagi pelawat yang bukan memasuki Malaysia melalui tiga program berkenaan, prosedur atau protokol sedia ada masih terpakai.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan