Pelawak popular Malaysia didakwa ditahan di Jeddah, disyaki miliki ganja
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Seorang pelawak popular di Malayisa dilaporkan ditahan di Jeddah kerana dipercayai memiliki dadah jenis ganja ketika dalam perjalanan menunaikan umrah, baru-baru ini.
Menurut laporan Utusan, pelawak itu dipercayai ditahan dua bulan lalu di Lapangan Terbang Jeddah dan masih berada dalam tahanan bagi tujuan siasatan lanjut oleh pihak berkuasa Arab Saudi.
Tambah laporan Utusan itu lagi, pelawak berkenaan menunaikan umrah bersama rakan-rakannya, namun ditahan selepas disyaki membawa bahan terlarang.
Bagaimanapun, pelawak berkenaan dilihat masih aktif dalam media sosial dengan beberapa catatan baharu dimuat naik, namun kandungan itu dipercayai diuruskan oleh pasukan pengurusannya.
Malah, pelawak berkenaan dikatakan bakal muncul dalam satu program televisyen yang dirakam lebih awal sebelum insiden penahanan berlaku.

Sumber : Agensi berita/SU/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.