Skip to main content

Dunia

Pelarian Syria ini sediakan makanan percuma untuk kakitangan perubatan Portugal

Petugas di sebuah hospital di Lisbon, Portugal, dikejutkan apabila menerima makanan yang dihantar oleh sebuah restoran milik pelarian Syria.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelarian Syria ini sediakan makanan percuma untuk kakitangan perubatan Portugal

Hidangan yang dihantar oleh 2 pelarian Syria kepada pekerja perubatan di sebuah hospital di Lisbon. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 15 Apr 2020 04:17PM Dikemas Kini : 15 Apr 2020 04:20PM

LISBON: Petugas di sebuah hospital di Lisbon, Portugal, dikejutkan apabila menerima makanan yang dihantar oleh sebuah restoran milik pelarian Syria.

Sejak pertengahan Mac lalu, Ramia Abdalghani dan Alan Ghumim, pemilik Restoran Tayybeh, menawarkan makanan percuma kepada petugas perubatan yang kini bertungkus lumus memerangi wabak COVID-19 di negara itu.

"Kami dibantu oleh mereka yang pernah melalui kehidupan yang perit.

"Ini menunjukkan pentingnya untuk kita saling membantu antara satu sama lain," kata seorang jururawat yang dikenali sebagai Nuno Delicado.

Portugal setakat ini mencatat lebih 16,900 kes positif dan 535 kematian akibat jangkitan COVID-19.

Kebanyakan petugas perubatan tidak lagi mempunyai masa untuk menyediakan atau membawa makanan dari rumah, manakala kafe di hospital ditutup selepas perintah berkurung dikuatkuasakan di negara itu.

Kerana itu, usaha yang dilakukan Ramia dan Alan sangat dihargai.

Pasangan itu berpindah ke Portugal empat tahun lalu dan berjaya membuka restoran tersebut tahun lalu.

"Apabila anda melarikan diri dari perang, ia situasi yang sukar tetapi dalam masa yang sama anda akan kenal siapa kawan anda.

"Kami diterima dengan baik di sini, jadi kami melakukan sesuatu untuk membalas budi mereka," kata Alan.

Pasangan itu juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan dan menganggap mereka "wajar diberi makan malam paling enak bersama keluarga, sebelum kembali berjuang pada keesokan harinya".

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita