Pelarian Rohingya didakwa ketua samseng maut ditembak polis
Polis Bangladesh menyatakan bahawa pelarian keempat Rohingya maut ditembak pada Ahad (1 Sep) di tengah-tengah perbalahan berhubung pembunuhan seorang pegawai parti pemerintah yang mencetuskan tindak balas ganas daripada penduduk setempat.

Tentera Myanmar sahkan enam orang Muslim Rohingya terbunuh di wilayah Rakhine. (Gambar: Dibyangshu Sarkar/AFP)
DHAKA: Polis Bangladesh menyatakan bahawa pelarian keempat Rohingya maut ditembak pada Ahad (1 Sep) di tengah-tengah perbalahan berhubung pembunuhan seorang pegawai parti pemerintah yang mencetuskan tindak balas ganas daripada penduduk setempat.
Keganasan tercetus sejak beberapa minggu lalu di kem pelarian di tenggara Bangladesh di mana hampir sejuta Rohingya berteduh, selepas melarikan diri daripada tindakan keras di Myanmar
Sekurang-kurangnya lima lelaki Rohingya maut dalam pertempuran di kem pelarian itu - yang didakwa ada kaitan dengan keganasan kumpulan samseng - sementara seorang pegawai Liga Awami ditembak di kepala hujung bulan lalu di kem Jadimura di bandar sempadan Teknaf.
Polis menyalahkan pembunuh upahan Rohingya atas kematian Omar Faruk dan menembak mati tiga pelarian sejak seminggu lalu kerana mempunyai kaitan dengan insiden tersebut.
Mangsa terkini yang maut adalah Nur Mohammad, 36 tahun, yang didakwa para pegawai adalah ketua samseng Rohingya yang tiba di Bangladesh pada 1992 dan beroperasi di kawasan bukit-bukau sekitar kem pelarian.
Pihak berkuasa tempatan menyatakan bahawa Nur Mohammad adalah seorang raja dadah itu yang menggunakan para pelarian untuk menyeludup yaba, pil popular methamphetamine dari sempadan Myanmar.
“Dia diberkas atas pembunuhan Omar pada Sabtu lalu. Kami menahannya untuk mengetahui di mana dia menyembunyikan senjata apabila rakan-rakan subahatnya melepaskan tembakan ke arah polis semalam.
“Kami membalas tembakan dan kemudian menjumpai mayat Nur Mohammad yang sudah ditembak mati” kata jurucakap polis Encik Ikbal Hossain.
Kumpulan hak asasi sebelum ini menuduh polis Bangladesh melakukan pembunuhan di luar bidang kuasa undang-undang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.